NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih Menolak Islam Sebagai Agama Persekutuan?



Oleh: M. Kamal Affandi

Tahun 2017 cukup perlihatkan seolah-olah menghentam pendukung Islam menjadi agenda akhbar tertentu, blogger, media sosial dan portal berita terutama di kalangan parti DAP, Pakatan Harapan dan sekutunya, serta golongan Melayu-Islam yang terkena tempias faham sekularisme-liberalisme-pluralisme.

Kita menentang sekularisme bukan atas namanya ‘sekularisme’ tetapi kerana fahaman itu ciptaan teori Barat yang memisahkan agama daripada elemen-elemen penting lain dalam kehidupan. Kita juga tidak terima liberalisme kerana faham kebebasan berfikir tanpa batas ini keterlaluan melangkaui batasan syarak yang menolak nas al-Qu’an dan hadith. Lagipun ia telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009 dan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 17 Julai tahun 2014.

Pendukung faham pluralisme (yang turut diputuskan sesat oleh Majlis yang sama dalam Muzakarahnya kali ke-74 bertarikh 25-27 Julai 2006) pula menyamaratakan semua agama sebagai ‘benar’, “of equal status” dan berada pada “taraf yang sama termasuk Islam”, menyerupai tesis seorang seorang tokoh sufi dan metafizik bernama Frithjof Schuon yang pernah hidup bersama kaum Red Indian Suku Sioux di Amerika Syarikat dan meninggal di Bloomington pada 5 Mei 1998 (http://www.worldwisdom.com/public/authors/Frithjof-Schuon.aspx).


Begitu juga dengan fahaman religious pluralism pegangan John Hick yang telah dianggap sebagai ‘Nabi’ yang diutuskan untuk manusia sejagat akhir zaman dengan membawa falsafah pluralisme agama sebagai “penyelesaian pertelingkahan antara agama” di dunia. Namun pemikiran itu terus segar dan disebar-luaskan oleh pengikut-pengikutnya (termasuk yang masih dipenjarakan) di Malaysia.


Kemunculan gerakan sekularis-liberalis-pluralis ini juga telah dijelmakan dalam bentuk NGO atas bermacam nama, antaranya termasuklah Sisters in Islam (SIS), G-25, Islamic Renaisance Front (IRF) dan sebagainya yang mendapat dana asing daripada luar atas nama “menggerakkan NGO atas landasan kebebasan bersuara dan pro-demokrasi.”

Demokrasilah sangat, konon walhal membantu pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan dan cuba merosakkan aqidah murni umat Islam berasaskan Ahli Sunnah wal Jamaah.
NGO-NGO ini jugalah yang aktif menganjurkan pelbagai simposium dan seminar berkaitan Islam dengan memanggil penceramah dan “intelek Islam” pilihan dari luar negara untuk menyebarkan idea-idea sekular-liberal-plural mereka di kalangan masyarakat setempat. Maka berlakulah kisah Mustafa Akyol ditahan oleh pihak berkuasa JAWI (lihat http://www.sinarharian.com.my/semasa/mustafa-akyol-dibebaskan-jawi-1.735637) kerana menyampaikan syarahan agama secara terbuka tanpa tauliah dengan memberikan pandangan-pandangan liberal yang menyesatkan.


Orang-orang seperti Prof. Mun’im Sirry yang mentafsir ayat-ayat al-Qur’an jauh menyimpang (rujuk https://www.menara.my/munim-sirry-menulis-semula-surah-al-kafirun/ dan http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/called-deviant-muslim-scholar-says-was-just-challenging-orthodox-view-on-qu#jstqd6livy6TyZ31.97) itulah yang dipanggil sebagai “tetamu intelektual” kumpulan-kumpulan seperti ini untuk memberikan pelbagai bentuk wacana pemikiran walhal ia lebih kepada percubaan untuk merosakkan aqidah umat Islam di negara ini.


Oleh sebab pemikiran mereka yang bertentangan dengan Islam itulah maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan beberapa buku oleh pengasas IRF, Dr. Ahmad Farouk Musa dan buku Kumpulan G25, Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy (lihat https://www.malaysiakini.com/news/390045).


Paling terkini pula adalah keluhan Marina Mahathir (lihat http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/12/29/state-religion-status-leaves-many-outside-the-box/) tentang betapa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam sebagai Agama Persekutuan (yakni sebagai Agama Negara bagi Malaysia) amat menyusahkannya kerana “Islam’s status as a state religion in Malaysia could complicate the separation of religion from the administration.”


Lihatlah betapa sekularnya pemikiran Marina yang benar-benar ingin memisahkan Islam daripada pentadbiran negara dan kalangan yang sewaktu dengannya termasuklah Azmi Sharom yang juga terkecewa dengan Suruhanjaya Reid (https://www.menara.my/islam-agama-persekutuan-diletakkan-oleh-bloody-reid-commissioner-azmi-sharom/).


Peruntukan 3(1) itulah sebenarnya dasar dan asas terkuat kedaulatan Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seluruh warga Malaysia yang dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini juga adalah kerana Islam sudah lama terpasak sebagai law of the land di bumi Islam Melaka menerusi Hukum Kanun Melaka 600 tahun sebelum ini!


Amat hairan benar. Rupa-rupanya masih ada orang Melayu-Islam sendiri tergamak mempersoalkannya? Bukankah itu tanda derhaka kepada Raja-Raja Melayu yang sudah memberi perkenan kepada peruntukan Islam sebagai agama persekutuan? Tidakkah itu juga tanda kebiadapan ke atas agama dan bangsa?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo