Ada ura-ura Trump bakal mengiktiraf Jerusalem (Baitul Maqdis / Al-Quds) sebagai ibu negara Israel, pada jam 1 pm waktu tempatan US (jam 2 am waktu Malaysia) nanti. Ada khabar angin juga mengatakan Trump akan memindahkan kedutaan US dari Tel Aviv ke Jerusalem. Tindakan Trump tersebut dijangka akan mencetuskan kemarahan umat Arab dan Islam secara keseluruhannya dan bakal merumitkan konflik Israel-Palestin.
Tapi sebenarnya perkara itu bukan apa yang mengejutkan pun. Pengiktirafan Jerusalem sebagai "undivided capital of Israel" adalah pendirian US sejak tahun 1995 lagi, selepas Kongres US meluluskan Jerusalem Embassy Act yang mengarahkan kerajaan US untuk memindahkan kedutaan US dari Tel Aviv ke Jerusalem. Anda boleh korek ucapan lama-lama Obama. Obama sendiri pun mengiktiraf Jerusalem sebagai "undivided capital of Israel". Tapi media sayang Obama, jadi jarang diungkit.
Cuma, kesemua presiden sejak tahun 1995 (Clinton, Bush, Obama) telah menggunakan "waiver" yang diperuntukkan dalam Seksyen 7(a) akta tersebut untuk menangguhkan perpindahan tersebut. Presiden menggunakan kuasanya untuk menandatangani waiver setiap 6 bulan demi "protect national interests of US". Jadi, Trump juga dijangka akan buat perkara yang sama.
Jadi, Trump cuma meneruskan "tradisi" presiden US dalam isu Jerusalem. Pemimpin-pemimpin Arab/Muslim seperti Erdogan, Raja Jordan, Raja Saudi yang selama ini konco US tiba-tiba jadi hero yang sound Trump. Sebab mereka pun tahu, apa yang Trump buat tidak mengubah status quo.
Jadi, apakah hak Israel ke atas Jerusalem, dan kenapa Presiden US perlu buat kenyataan tentang Jerusalem sebagai "undivided capital of Israel"?
Di dunia ini hanya ada dua negara saja yang mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, iaitu Costa Rica dan El Salvador. Tak pernah dengar nama mereka? Tak apa, sebab mereka tak penting pun. Namun begitu, mereka pun tidak mendirikan kedutaan di Jerusalem. Apa yang menyebabkan Trump berbuat demikian?
Kalau ikutkan Pelan Pembahagian Palestin (Resolusi 181) yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 29 November 1947, Palestin dibahagikan kepada dua negara, satu untuk Arab (negara Palestin), satu untuk Yahudi (negara Israel). Jerusalem dipisahkan jadi "Corpus Separatum", atau bandar yang ditadbir oleh rejim antarabangsa.
Namun kedua-dua Israel dan Arab pun tak puas hati dengan solusi ini, maka mereka masing-masing merampas sebahagian Jerusalem: Israel menakluki Jerusalem Barat, Jordan menakluki Jerusalem Timur yang merangkumi kawasan Kota Lama ("Old City") yang merupakan tempat terletaknya tempat-tempat suci orang Yahudi ("Temple Mount" dan "Wailing Wall" – peninggalan Temple of Solomon), orang Islam (al-Haram al-Sharif, al-Aqsa) dan orang Kristian ("Church of Holy Sepulchre").
Old City mempunyai nilai simbolik yang tinggi kepada Zionis ("Zion" merupakan nama lain kepada Jerusalem, bukan Zion Changkat). Bagi orang Yahudi, dunia tidak akan kiamat sehingga Tuhan mengembalikan Jerusalem kepada orang Israel. Selepas Perang Enam Hari Tahun 1967, Israel menakluki Jerusalem Timur dan enggan memulangkannya, walaupun tindakan tersebut dikutuk keras oleh UN. Pada tahun 1980, parlimen Israel ("Knesset") meluluskan undang-undang "Jerusalem Law" yang menyatakan "Jerusalem, complete and united, is the capital of Israel" (××Ø×ש××× ×ש××× ××××××××Ŗ ××× ×××Ø×Ŗ ×ש×Ø××).
Pihak yang push agar US menyokong pendirian Israel tersebut ialah Parti Demokrat, dan Jerusalem Embassy Act diluluskan semasa Bill Clinton (seorang Demokrat) menjadi presiden (1993-2001). Majoriti orang Yahudi di US adalah penyokong Demokrat, jadi tindakan Clinton adalah berdasarkan pengiraan politik. Begitu juga Trump yang pernah berjanji untuk merealisasikan pelan perpindahan kedutaan dari Tel Aviv ke Jerusalem.
Jadi, apa yang Trump buat sekarang adalah lebih kepada gimik politik untuk meraih sokongan Yahudi. Tahun depan ada Mid-Term Election di US, jadi Trump perlu buat show sebagai tanda sokongan kepada Israel. Walaupun Trump sendiri sedar, perkara itu langsung tidak mendatangkan faedah kepada politik serantau Asia Barat.
Kuasa-kuasa besar lain pula berbeza pendirian dengan US: Rusia dan China berpendirian Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan Jerusalem Barat sebagai ibu negara Israel. UK dan Perancis mahu Jerusalem dijadikan sebagai Corpus Separatum, menganggap Jerusalem yang mengandungi tempat-tempat suci ketiga-tiga agama Samawi ("Abrahamic religions") sebagai warisan bersama umat manusia.
Dalam Bahasa Ibrani (Hebrew), nama Jerusalem (Yerushalayim / ××Ø×ש×××) bermaksud "Kota Keamanan", berasal daripada perkataan "shalom" (ש×××) yang membawa maksud salam. Namun ironinya, keamanan masih jauh daripada kota ini.