NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Calon PM, PH Masih Bergelut ?


Pimpinan Pakatan Harapan (PH) dilihat masih bergelut dengan masalah untuk menamakan calon perdana menteri.

Mengulas perkara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata belum pernah ada satu gabungan politik yang keliru berkenaan individu yang akan diletakkan sebagai perdana menteri bayangan.

Tambahnya, pembangkang sepatutnya sudah mempunyai kabinet bayangan penuh.

“Tetapi Pakatan masih tidak dapat melakukan perkara mudah dan kekeliruan menjadi lebih buruk apabila Tun Dr Mahathir Mohamad di umumkan sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan.

“Kemudian, para pemimpin DAP sebaliknya membuat semua pengumuman dasar bagi pembangkang.

“Kemudian nama Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai calon perdana menteri tetapi orang lain akan menjadi perdana menteri sementara kerana dia masih berada di penjara,” kata Salleh menerusi blognya, pada Isnin.

Beliau yang juga Bendahari UMNO merujuk kepada langkah pembangkang untuk mengumumkan calon jawatan perdana menteri pada Januari depan.

Pada awal Disember, sebuah portal berita melaporkan bahawa Dr Mahathir dinamakan sebagai calon ‘perdana menteri sementara’ yang mendapat persetujuan DAP, PAN dan PBBM.

Bagaimanapun PKR dan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau persetujuan susulan pengumuman itu.
© all rights reserved
made with by templateszoo