NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Broadnet Network: Kerajaan diminta jelaskan siapa

Pelancara Braodnet: http://www.thesundaily.my/news/2017/12/07/new-broadband-wireless-infrastructure-enable-malaysia-be-fully-digital-salleh


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Pengumuman penubuhan entiti baharu, Broadnet Network Sdn. Bhd. oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan pemain industri telekomunikasi yang tidak diketahui kaedah pelaksa­naannya. 

Pemerhati industri berkata, kebiasaannya entiti yang ditugaskan peranan melaksanakan Pelan Jalur Lebar Seluruh Negara terdiri daripada syarikat-syarikat te­lekomunikasi sedia ada dan diketahui rekod prestasi sebagai syarikat tersenarai.

“Persoalan sekarang, per­lukah diwujudkan entiti baharu? Dan siapakah Broadnet Network ini? Dengan apa carakah ia akan melaksanakan program ini? 


“Menurut Salleh, syarikat ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Ini juga me­nimbulkan persoalan. Jarang KSN dilibatkan dalam penubuhan sesebuah sya­rikat baharu. Semua ini perlu penjelasan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Pada 6 Disember lalu, Salleh tampil dengan kenya­taan media mengumumkan penubuhan Broadnet Network yang dilantik sebagai pelaksana Pelan Jalur Lebar Seluruh Negara dan Kementerian Ke­wangan memiliki kepen­tingan besar di dalamnya, diketuai oleh KSN sebagai pengerusi syarikat itu. 

Dalam kenyataan pada 24 Mac lalu, Salleh dilaporkan berkata, pelan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama antara ‘entiti yang relevan’ bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar berasaskan fiber. 

Pelan itu kata beliau, akan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah rangka kerja kawal selia sedia ada bagi memastikan pencapaian mengikut sasaran yang ditetapkan. 

Mengulas mengenai per­kara itu, pemerhati industri mempersoalkan apakah Broadnet Network ini yang dimaksudkan oleh kerajaan sebagai ‘entiti yang relevan’, sedangkan syarikat itu tiada rekod perkhidmatan sama sekali dalam industri telekomunikasi. 

Menurut beliau, kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci mengenai Broadnet Network ini ke­rana pelantikan sesebuah entiti yang tiada rekod per­khidmatan dalam sesebuah industri pastinya menimbulkan pelbagai spekulasi dan mungkin mengundang kritikan umum. 

“Diharap kerajaan akan bersikap terbuka dan te­lus dalam hal ini dengan memperincikan penjelasan mengenai siapa dan apakah itu Broadnet Network, agar semua memahami apa keperluan syarikat ini diwujudkan,” kata beliau. 


© all rights reserved
made with by templateszoo