NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO: Anggota dinasihat tumpu PRU, bukan pemilihan parti


SEREMBAN: Anggota UMNO dinasihati agar memberi tumpuan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan bukan bercakap mengenai pemilihan parti.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semua anggota harus memikirkan cara memperkukuh jentera pilihan raya parti bagi memastikan kemenangan UMNO pada PRU akan datang.

"Kalau mereka ini bercakap pasal pemilihan dalam parti, bermakna mereka langsung tidak memikirkan pasal pilihan raya.

"Jadi, sebarang apa sahaja perbincangan dan perbahasan berkenan dengan pemilihan parti adalah amat tidak kena pada tempatnya," kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dilapor mencadangkan agar dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun depan bagi membolehkan anggota memberi tumpuan kepada PRU yang dijangka diadakan sebelum pemilihan parti.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata cadangan Hishammuddin itu wajar diterima terutamanya oleh perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO awal bulan depan.

"Agendanya ialah untuk membahaskan ucapan presiden, usul ekonomi, pelajaran dan agama. Saya tidak fikir ia adalah forum yang betul dan sesuai sama sekali bagi perwakilan UMNO untuk memperkatakan pemilihan UMNO memandangkan isu besarnya sekarang ialah PRU-14, " katanya.

-- BERNAMA 






© all rights reserved
made with by templateszoo