Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor melihat hutang bagi skim CERIA dilupuskan.
Skim CERIA atau Program Baikpulih Negeri Berkebajikan adalah skim membaikpulih pangsapuri kos rendah dan kos sederhana berkonsepkan perkongsian kos di antara kerajaan negeri dan penduduk.
Bagi kos rendah kerajaan negeri menanggung 80 peratus kos dan penduduk 20 peratus. Bagi kos sederhana perkongsian kos adalah 60 : 40.
Ini bermakna sebanyak RM8.2 juta akan dilupuskan.
*Maka JMB dan MC tidak perlu membayar lagi bahagian mereka.*
Skim CERIA akan tetapkan diteruskan untuk tahun 2018 dengan peruntukan RM13 juta.
Tetapi ia bukan untuk kerja-kerja melibatkan lif kerana kerja-kerja tersebut adalah di bawah skim SMART LIFE.
Skim CERIA membantu penduduk membaikpulih kediaman mereka kerana kualiti kebanyakan pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang dibina di zaman pentadbiran Barisan Nasional adalah rendah.
YB Dato Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
3 November 2017
No comments
Post a Comment