HUTAN MELINTANG: Timbalan Perdana Menteri sekali lagi memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan selepas Tahun Baru Cina yang akan disambut pertengahan Februari depan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebutkan perkara tersebut dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di sini menggunakan perkataan 'Hari Besar'.
"Jangan lupa hari besar (Tahun Baru Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada 'hari besar’ lain.
"Kalau dulu buat silap (tidak mengundi Barisan Nasional) tidak mengapa, saya maafkan. Tapi kalau boleh kali ini jangan buat silap lagi ,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 500 orang yang terdiri daripada masyarakat Cina yang menghadiri majlis tersebut.
Tarikh luput mandat Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.
Pada 12 November lalu, beliau turut memberikan bayangan PRU-14 akan diadakan tahun depan semasa merasmikan Persidangan ke-46 Perwakilan Nasional Gerakan di Menara PGRM di Kuala Lumpur.--AstroAwani
Hampir semua ahli politik Pakatan Harapan (PH) bertindak mengunci mulut, manakala kebanyakannya enggan memberikan sebarang komen susulan kep...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.