Wakil Armada Lanchang Airul Amir Amirudin berkata sayap itu pada hakikatnya tidak wujud dalam perlembagaan parti.
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut diminta meletak jawatan ekoran kegagalannya menangani isu status pendaftaran Armada sebagai sayap PPBM, katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Seorang lagi pemimpin Mohd Izaid Mohd Nor berkata beliau kecewa dengan tindakan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq yang gagal menyelesaikan isu Armada dan isu lain yang berbangkit dalam parti.
Pada 20 Okt lalu, bekas Exco Armada Mohamad Taufik Abas mendakwa semakan di ROS mengesahkan Armada langsung tidak wujud dalam perlembangaan PPBM kerana hanya menyatakan penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi.-- BERNAMA