NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS hantar bantuan awal 200 petugas dan 30 tan makanan ke Pulau Pinang



PAS HANTAR BANTUAN AWAL 200 PETUGAS DAN 30 TAN MAKANAN KE PULAU PINANG.

PAS akan menghantar bantuan awal 200 orang petugas dan 30 tan makanan ke Pulau Pinang.

Penghantaran tersebut akan dikelolakan oleh Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia).

Petugas-petugas tersebut akan datang dari Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Nusaibah, Skuad Kami Prihatin dan Skuad Khidmat.

Selain dari itu, Khidmat Malaysia akan mewujudkan "Dapur Rakyat" di 5 lokasi di Pulau Pinang. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir dan para petugas.

Iskandar Abdul Samad
Ketua Pengarah
Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia ( Khidmat Malaysia )
5 November 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo