NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA: Apa Lim belajar selepas 120 banjir sejak 2013?


Lim sebaliknya merungut tentang cuaca, menyalahkan hujan lebat dan banjir di Kedah yang melimpah. Selain daripada menafikan yang pembangunan lereng bukit yang tak terkawal sebagai salah satu faktor banjir, apa pengajaran yang dipelajari Lim daripada 120 banjir yang berlaku? -Datuk Chai Kim Sen, Pengerusi Biro Publisiti MCA

Seorang pemimpin MCA hari ini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang yang menurutnya gagal menangani masalah banjir yang sentiasa berlaku di Pulau Pinang. 

"Lim sebaliknya merungut tentang cuaca, menyalahkan hujan lebat dan banjir di Kedah yang melimpah 

"Selain daripada menafikan yang pembangunan lereng bukit yang tak terkawal sebagai salah satu faktor banjir, apa pengajaran yang dipelajari Lim daripada 120 banjir yang berlaku?" soal Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen. 

Beliau mengulas kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow yang mendedahkan Pulau Pinang dilanda banjir sebanyak 119 kali sejak 2013 hingga Oktober tahun ini. 

Chai berkata, jika ditambah banjir besar yang melanda awal bulan ini, bermakna sudah 120 kali banjir berlaku dalam masa empat tahun. 

Katanya, sementara Lim sudah memohon maaf kepada penduduk Pulau Pinang berkenaan perlunya kerja bantuan pada skala yang besar, setiausaha agung DAP itu tidak boleh menutup mata terhadap fakta bahawa sudah banyak kali masalah sama berlaku. 

"Bolehkah beliau mendakwa tiada pengalaman yang mencukupi? Adakah 'permohonan maaf' akan menjamin banjir tidak akan melanda lagi? Beliau tidak boleh lagi bergantung kepada populariti untuk lari dari tanggungjawab. 

"Memang tidak dapat dinafikan negeri lain juga ditimpa banjir, tetapi ketua menteri menyalahkan pihak lain apabila ia berlaku. Hanya Pulau Pinang sahaja yang berbuat demikian," katanya lagi. 

Banjir 4 November lalu dikatakan antara yang terburuk pernah melanda negeri itu, dan telah mengorbankan 7 nyawa serta menjejaskan kira-kira 5,000 penduduk. 






© all rights reserved
made with by templateszoo