ULASAN | Pasti ada yang terkejut dengan pendekatan terbaru PAS terhadap kerajaan bukan? Kalau dulu PAS lebih mengambil sikap konfrantasi dan membantah kerajaan pimpinan Umno BN, kini PAS melangkah setapak lagi merapati kerajaan dengan kaedah menasihat dan mencadang penyelesaian.
Perubahan memang sesuatu yang sukar diterima masyarakat. Tidak kira samada adat kebiasaan yang diamalkan mereka sebelum ini betul atau salah, memang pantang kalau ada orang bawa perubahan. Mencarik adat adalah jenayah besar terutama di kalangan masyarakat melayu.
Perangai ini terbawa-bawa dalam dunia politik. Walaupun sifat politik itu sangat anjal dan dinamik, tetapi sebarang perubahan pada pendekatan politik sukar untuk diterima ramai pihak. Sejarah menunjukkan apabila corak politik Islam tanahair telah berubah, pasti ada yang tidak bersetuju dan meninggalkan wadah Islam. Tetapi sehingga ke hari ini, wadah tersebut yang kini bergelar PAS tetap utuh di persada politik sedangkan mereka yang mufaraqah telah lenyap ditelan arus.
SEJARAH
Tatkala Sarekat Islam tidak dapat lagi beroperasi di tanah melayu, para Ulama mengambil inisiatif menubuhkan Hizbul Muslimin. Ramai yang tidak bersama Hizbul Muslimin. Mereka memilih berbagai wadah lain termasuk menyertai gerila komunis.
Apabila diharamkan Hizbul Muslimin, ulama berijtihad untuk menyertai Umno dengan harapan mampu menjadikannya platform perjuangan Islam. Masih terdapat beberapa ulama tidak bersetuju dan memilih untuk bersendirian, jauh dari ijtihad syura.
Setelah lama berhempas pulas dalam Umno, Ulama sekali lagi bersidang dan berijtihad untuk menubuhkan PAS yang lebih jelas matlamatnya. Seperti biasa, perubahan ini tidak akan memuaskan hati semua pihak. Ada yang masih kekal di dalam Umno walaupun tahu tiada tempat untuk agama bertapak di dalamnya.
PAS menjadi satu-satunya wadah politik Islam yang profesional dan progresif. Dengan prinsip dan matlamat Islam yang terus dikekalkan, banyak ijtihad dan perubahan pendekatan yang diambil dari semasa ke semasa. Daripada bersendirian, bertahaluf dengan Parti Negara, bersama Perikatan, menjadi kerajaan campuran, menubuhkan APU, BA, PR hinggalah yang terbaru memilih jalan sebagai penyelesai bukan lagi sekadar membangkang semata-mata.
Sepanjang pendekatan-pendekatan yang disebut di atas, telah ramai yang tidak boleh menerima perubahan tersebut lalu bertindak keluar dari PAS menubuhkan wadah-wadah perjuangan yang lain. Muncullah nama-nama seperti Hamim, Berjasa, Akim, Islah, Jati dan terbaru Pan. Walau terpaksa menghadapi karenah ahli yang keras kepala ini, PAS tetap meluncur maju ke hadapan.
NASIKH MANSUKH
Sebagai sebuah gerakan Islam, pastinya ciri-ciri yang ada pada PAS selaras dengan ciri-ciri agama Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang berciri progresif dan mendepani zaman. Antara yang istimewa menggambarkan ciri progresif syariah Islam adalah konsep nasakh dan mansukh.
Nasakh bererti 'membatalkan/menghazafkan'. Ia bermaksud terdapat beberapa hukum dalam Islam yang sebelum ini wajib, berubah jadi haram, ataupun sebelum ini turun ayat haram, kemudian turun ayat terbaru menghalalkan pula.
Keistimewaan konsep nasakh mansukh ada dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Ł
َŲ§ ŁَŁْŲ³َŲ®ْ Ł
ِŁْ Ų¢ŁَŲ©ٍ Ų£َŁْ ŁُŁْŲ³ِŁَŲ§ ŁَŲ£ْŲŖِ ŲØِŲ®َŁْŲ±ٍ Ł
ِŁْŁَŲ§ Ų£َŁْ Ł
ِŲ«ْŁِŁَŲ§ ۗ Ų£َŁَŁ
ْ ŲŖَŲ¹ْŁَŁ
ْ Ų£َŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ Ų¹َŁَŁٰ ŁُŁِّ Ų“َŁْŲ”ٍ ŁَŲÆِŁŲ±ٌ
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
Ayat ini turun untuk membalas kritikan orang-orang munafiq dan yahudi, yang mempertikaikan peristiwa pertukaran kiblat daripada Masjidil Aqsa ke arah Masjidil Haram. Mereka menuduh jemaah Islam kluk-klek, tidak konsisten dan lemah kerana selalu berubah hukumnya.
Allah menyatakan, konsep nasakh sebenarnya adalah keistimewaan Islam yang menetapkan hukum selari dengan peredaran masa. Jika sebelum ini haram, maka ia adalah cara terbaik dengan keadaan zaman tersebut. Dan sekiranya ia halal kini, maka itu kerana keadaan dahulu telah berubah kini.
Sebelum ini, orang-orang arab jahiliah memang menjadikan Kaabah sebagai kiblat ibadah mereka kerana mengekalkan syariat asal Nabi Ibrahim AS. Akan tetapi apabila datangnya risalah Nabi Muhammad, Allah memerintah kiblat dihadap ke Masjidil Aqsa. Ini kerana Kaabah kala itu dipenuhi khurafat dan kesesatan apabila ibadah haji yang dilakukan sekeliling Kaabah sudah menyeleweng dari ajaran Nabi Ibrahim yang sebenar. Kaabah telah dijadikan tempat penyimpanan 360 ekor berhala yang disembah para musyrikin.
Oleh itu, Allah mahu supaya umat Islam menjauhkan semua kaitan dengan jahiliah yang dicipta nenek moyang mereka. Supaya dalam hati mereka tidak ada sedikitpun kepercayaan terhadap berhala-berhala di Kaabah seandainya umat Islam sujud di kaki Kaabah. Umat Islam perlu suci dari sebarang pengaruh jahiliah.
Malangnya ramai orang beriman yang gagal memahami perkara ini. Mereka tidak mampu berpisah dari Kaabah yang telah menjadi budaya dan kebanggaan arab sekalian lama. Perintah pengalihan kiblat telah menyebabkan ramai orang yang beriman meninggalkan Islam kerana sukar menerima perubahan.
Tetapi setelah berhijrah ke Madinah, timbul pula dakyah Yahudi yang menyatakan Islam adalah agama yang palsu dan meniru Yahudi kerana berkiblatkan Masjidil Aqsa. Masjidil Aqsa adalah tempat tinggal Yahudi dan Kristian dan juga rumah ibadah mereka, kerana mendakwa mewarisi ajaran asal yang dibawa Nabi Isa dan Nabi-nabi Bani Israel.
Tidak lama selepas hijrah, Allah memerintahkan kiblat dialih kembali ke Masjidil Haram. Ini kerana iman umat Islam telah cukup kukuh daripada dipengaruhi anasir khurafat pada Kaabah. Islam juga mahu mematikan dakwaan yahudi yag amat mengelirukan itu. Lebih dari itu, sememangnya Kaabah berlipat kali ganda terlebih mulia dari Masjidil Aqsa.
Tetapi ramai juga yang melenting apabila kiblat berubah. Bukan sahaja orang Yahudi dan Kristian, orang Islam yang dirasuk dakyah mereka juga marah dengan perubahan ini. Mereka sudah terbiasa dengan adat. Mereka mula mempertikai jemaah Islam dengan tidak konsisten, tiada pendirian dan sebagainya. Dan ada yang meninggalkan Islam hanya kerana perubahan kiblat ini.
TAPISAN
Ternyata perubahan telah menyebabkan ramai umat Islam sepanjang zaman yang terpelanting dari kelompok Islam. Hanya kerana memiliki daya pemikiran yang statik, mereka tidak mampu membaca politik dunia dan perubahan semasa sebagaimana perspektif Islam yang sebenar.
Perkara ini disebut secara jelas didalam al-Quran:
ۗ ŁَŁ
َŲ§ Ų¬َŲ¹َŁْŁَŲ§ Ų§ŁْŁِŲØْŁَŲ©َ Ų§ŁَّŲŖِŁ ŁُŁْŲŖَ Ų¹َŁَŁْŁَŲ§ Ų„ِŁَّŲ§ ŁِŁَŲ¹ْŁَŁ
َ Ł
َŁْ ŁَŲŖَّŲØِŲ¹ُ Ų§ŁŲ±َّŲ³ُŁŁَ Ł
ِŁ
َّŁْ ŁَŁْŁَŁِŲØُ Ų¹َŁَŁٰ Ų¹َŁِŲØَŁْŁِ ۚ ŁَŲ„ِŁْ ŁَŲ§ŁَŲŖْ ŁَŁَŲØِŁŲ±َŲ©ً Ų„ِŁَّŲ§ Ų¹َŁَŁ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŲÆَŁ Ų§ŁŁَّŁُ
Dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah.
[Al-Baqarah:144]
Kita dapati bahawa sebenarnya antara hikmah perubahan hukum-hukum dalam Islam, adalah untuk menapis keimanan umatnya. Tuhan nyatakan, perubahan kiblat hanyalah untuk menunjukkan dan membezakan, siapa sebenarnya betul-betul taat kepada Rasulullah SAW dan siapa yang membelakanginya.
Seperti yang dinyatakan, ada juga yang melenting bila PAS merubah pendekatan untuk merapati kerajaan (perlu dibezakan antara kerajaan dan parti pemerintah). Ada yang termakan sudah dakyah ala-ala yahudi menyatakan perjuangan Islam kluk klek, tidak konsisten dan ingin bergabung dengan Umno kembali.
Sekiranya kita menghayati sirah perubahan kiblat, kita tidak akan terkeliru. Allah mengalih kiblat ke Masjidil Aqsa kerana mentaliti orang beriman masih terkesan dengan jahiliah. Allah alih kembali ke Masjidil Haram pula kerana mahu mematikan dakwaan Yahudi yang songsang.
Apakah sekiranya Rasulullah kembali menghadap Kaabah dalam keadaan 360 ekor berhala masih di dalamnya, ia bermaksud dakwah Rasulullah kluk-klek dan ingin kembali kepada ajaran jahiliah?
PAS juga pada awalnya mengambil sikap konfrantasi dengan kerajaan. Walaupun faham keadaan itu tidak menguntungkan dengan kekuatan yang ada, tetapi ia tetap dibuat atas dasar mengubah mentaliti masyarakat supaya memahami demokrasi dan hak mereka.
Setelah rakyat kini faham kuasa sebenar mereka, PAS mengambil langkah lebih matang untuk merapati kakitangan dan pegawai kerajaan, dan memperkenalkan berbagai solusi dan pandangan dari acuan Islam, bukan lagi berbalah dan membantah.
Adakah dengan memberi nasihat kepada pentadbiran negara, bermaksud sokong Umno dan mahu bergabung? Jangan jadi seperti Yahudi!
Justeru apa yang perlu bagi kita adalah mengekalkan ketaatan terhadap jemaah Islam. Perubahan-perubahan yang berlaku selain dari tanda progresif, ia juga adalah ujian iman, sekaligus tapisan dari Allah untuk mengekalkan hanya yang benar-benar mampu taat sahaja yang boleh bersama jemaah Islam.
ALANG IBN SHUKRIMUN boleh dihubungi melalui http://facebook.com/AlangShukrimun
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi 1Mediaonline.