NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan Audit: Pengurusan GTWHI Kurang Memuaskan


GEORGE TOWN -- Pengurusan aktiviti dan tadbir urus George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) adalah kurang memuaskan kerana pelantikan kontraktor dibuat secara lantikan terus tanpa kelulusan Lembaga Pengarah, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2.

Laporan itu menyebut, GTWHI merupakan sebuah syarikat milik kerajaan Pulau Pinang untuk melindungi, mempromosi dan memulihara George Town sebagai Tapak Warisan Dunia, namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

Menurut laporan itu, antara kelemahan yang perlu diberi perhatian adalah projek lewat disiapkan dan denda kelewatan tidak dikenakan; syarat-syarat perjanjian program George Town Festival tidak dipatuhi; Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan projek atau program tidak disediakan dan Jawatankuasa Audit tidak diwujudkan.

"Semakan Audit terhadap 20 daripada 38 projek pembangunan bagi tahun 2014 hingga Jun 2017 mendapati pemilihan kontraktor bagi 16 projek yang berjumlah RM3.03 juta adalah secara lantikan terus," menurut laporan audit itu yang dibentang di Parlimen hari ini.

Semakan Audit selanjutnya mendapati pelantikan kontraktor untuk lantikan terus dibuat oleh pihak pengurusan tanpa mendapatkan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah GTWHI dan tidak dibincang dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah GTWHI.--Bernama
© all rights reserved
made with by templateszoo