NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KT BYPASS, ECRL, Jangan Aniaya Pemilik Tanah


Jika ECRL berkos RM55billion kerajaan sanggup bayar walaupun tersangat luarbiasa mahalnya berbanding projek serupa diluar negara (ada laporan menyebut untuk setiap kilometer ECRL tiga kali ganda lebih mahal), mengapa untuk pengambilan tanah yg ramai orang Melayu terlibat kerajaan tidak sudi bermurah hati juga?


Berpuluh tahun lalu, datuk nenek kita mewarisi tanah pusaka yg dibina di atasnya rumah rumah kediaman. Kemudian dipusakai oleh anak anak yg masing masing membina rumah mereka pula di atas tanah tanah bersyarat "kampung" atau " pertanian" yang mereka berkongsi pemilikan kadang kadang hingga berpuluh nama.

Adalah perkara biasa dalam satu geran tanah bersyarat sedemikian telah dibina banyak bangunan rumah kediaman yang ada juga setelah dibina jalanraya bersebelahanya, maka dijadikan kedai, premis untuk berniaga.

Ini sangat biasa bagi tanah orang melayu di kampung kampung.

Sebahagian kes ini melibatkan tanah bersebelahan jalanraya yg bangunan mereka menjadi bangunan kedai yg mereka usahakan perniagaan selama berpuluh tahun. Menjadi sumber pendapatan mereka.

Undang undang tanah yg ada memang tidak difahami rakyat biasa yg pemilikan tanah dan bangunan yg dipusakai adalah  sejak dahulu lagi sebelum dikuatkuasakan peruntukan peruntukan yg menghadkan jenis penggunaan tanah.

Adalah prinsip keadilan semulajadi, jika berlaku pengambilan tanah, gantirugi, pampasan, hilang sumber pencarian,  perlulah diperhatikan dan ditaksir agar tidak menganiaya mereka yang terlibat.

Bila kerajaan mula berpendirian ketat, tidak pro rakyat, maka jadilah kezaliman seperti dlm kes pengambilan tanah untuk projek KT ByPASS.

Satu geran tanah syarat kampung yg banyak bilangan rumah, pemilik berbeza tapi kerajaan cuma mahu bayar saguhati atas sebuah rumah sahaja.

Bagaimana bila pengambilan lebih banyak tanah kampung melayu  misalnya untuk projek ECRL nanti?

Undang undang adalah satu hal. Tetapi tidakkah kita sebagai manusia tiada akal  common sense yg sihat untuk melaksanakan undang-undang tanpa rakyat merasa teraniaya?

Jika ECRL berkos RM55billion  kerajaan sanggup bayar walaupun tersangat luarbiasa mahalnya berbanding projek serupa diluar negara (ada laporan menyebut untuk setiap kilometer ECRL tiga kali ganda lebih mahal), mengapa untuk pengambilan tanah yg ramai orang Melayu terlibat kerajaan tidak sudi bermurah hati juga?

Yang lebih menyayatkan hati, rakyat tengok dengan mata kepala sendiri kerajaan sanggup pula berbelanja boros beratus juta yang gagal, runtuh, tiris dan pelbagai lagi, tetapi bila melibatkan hak rakyat untuk merasa diberi imbalan yang setimpal diatas pengorbanan tanah, rumah kediaman mereka, peniagaan yang mencari punca pencarian pendapatan mereka, legasi pusaka nenek moyang mereka, kenangan hidup mereka, semuanya dinilai sebagai murahan sahaja oleh kerajaan yang dipimpin parti yang memerintah sekarang.

Sangat hodoh rupa kerajaan bila dilihat mempunyai kebiasaan sangat bermurah hati melipatgandakan nilai kontrak projek kepada kontraktor yang beroleh projek mega, tetapi bagi rakyat yang berkorban atas nama memberi laluan untuk pembangunan, mereka dilihat perlu berjuang menuntut keadilan, gantirugi yang setimpal dari pemerintahan yang kedekut terhadap rakyatnya sendiri yang sama  agama dan bangsa.


Haji Ahmad Amzad Hashim
16 November 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo