ULASAN | Agenda "Malaysian Malaysia" dan pembentukkan negara sekular yang diperjuangkan DAP semakin lancar dengan berkuasanya kelompok pro Dinasti Lim di dalam DAP.
Cengkaman mereka semakin kukuh walau kongres berkenaan hanya dihadiri 53.94% dari perwakilan yang sah.
Bayangkan kongres parti yang kononnya paling bertaring dalam PH dan menguasai secara mutlak pengundi bukan Melayu hanya mampu dihadiri separuh perwakilan yang sepatutnya.
Mereka inilah yang kuat menentang agenda Islam PAS termasuk memartabatkan Mahkamah Syariah melalui RUU355.
Kerja dakwah Islam mereka pandang penuh prejudis manakala mereka terlibat aktif dalam mempromosi Islam liberal dan moderat yang sarat dengan fahaman sekular dengan matlamat menghadkan agama khasnya Islam pada aspek ritual dan budaya semata-mata tidak sampai menjadi cara hidup.
JAKIM dan para Mufti pun tidak segan-segan mereka pulas dan jentik sedang umat Islam terpegun memeluk tubuh.
Atas keghairahan merebut kuasa demi meluaskan agenda perjuangan mereka inilah maka mereka sanggup bersekongkol walau dengan penyangak sekalipun.
Tun Mahathir yang mereka serang dan merupakan musuh nombor satu mereka dahulu hari ini dipeluk cium kerana Tun walaupun busuk sebagaimana dinovelkan dalam "Shit" dahulu pada keyakinan mereka hari ini suci kerana pengaruhnya dapat membantu mereka mendapatkan undi Melayu untuk mereka kuasai Putrajaya.
Politik matlamat menghalalkan cara adalah anutan mereka.
Kongres Khas DAP ini juga berjaya memadamkan segala saki baki suara toleran dan rasional dalam parti.
Tokoh veteran DAP Dr Tan Seng Giaw "dermatologist" anak Kelantan yang merupakan ahli Parlimen lebih 7 penggal iaitu sejak 1982 mempertahankan Parlimen Kepong berjaya disingkir dan tidak dilantik lagi ke JK Pusatnya.
Dr Tan adalah ahli Parlimen Malaysia yang masih berkhimat kedua paling lama di Parlimen Malaysia iaitu selama 35 tahun. (Paling lama adalah Tengku Razaleigh Hamzah.)
Selain Dr Tan turut tersingkir adalah ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau. Kedua-dua tokoh ini dikenali sangat kritikal terhadap "style" kepimpinan Dinasti Lim dan merupakan suara moderat dalam DAP.
Lantas dengan kejayaan kongres ini bersedialah kita untuk melihat Dinasti Lim memanjangkan lagi langkah mereka dengan nafsu meluap-luap untuk menguasai Putrajaya.
Sokonglah DAP jika mahu kita gadaikan status quo yang ada dan menjadi rakyat Malaysian Malaysia yang sekular, liberal dan semua boleh.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=561895720816435&id=100009880363600
Penulis: Roslan SMS
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian
1Media Online
1Media Online