Salleh berkata penggiat politik mula menggunakan Internet pada 1998 untuk mempengaruhi pandangan umum namun 10 tahun kemudian, rakyat Malaysia menyedari tentang impak internet dalam mempengaruhi undi.
Dalam catatan terbaru blognya, memetik kenyataan jutawan media Rupert Murdoch yang menyatakan bahawa menjelang 2050, media akan menjadi dalam talian atau elektronik sepenuhnya, dan media cetak akan menjadi satu perkara yang tidak wujud lagi.
"Sebenarnya apa yang akan berlaku, ia mungkin jauh lebih awal daripada 2050," kata Salleh sambil menambah bahawa setiap orang, terutama industri media, perlu bergerak seiring dengan masa dan menjadi celik internet.
Malah lebih penting lagi, kita tidak boleh merosakkan integriti media dalam talian dengan pertambahan berita palsu kerana ini akan mewujudkan masalah defisit amanah yang serius," katanya
Salleh menegaskan setiap orang perlu memastikan integriti media dalam talian tidak terhakis disebabkan tindakan segolongan manusia.
"Jika tidak, apa yang boleh menjadi alat yang sangat berharga akan menjadi stigma kerana tiada siapa yang boleh dipercayai tentang apa yang diterbitkan dalam talian," katanya.-- BERNAMA