Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh yang berlaku di Pulau
Pinang dalam jangka waktu dari 15 September hingga 4 November baru-baru
ini adalah satu rekod baru kebangsaan.
Rasanya agak sukar bagi mana-mana negeri lain untuk memecahkan rekod
ini. Dalam suasana cuaca yang tidak menentu ditambah pula kita masih
dalam edah musim tengkujuh sekarang, kebarangkalian untuk angka ini
meningkat lagi adalah tinggi.
Saya tak berhasrat nak mengucapkan tahniah kepada LGE atas pencapaian
rekod yang memberansangkan ini kerana yang menjadi mangsa ialah rakyat.
Yang terkorban juga rakyat.
Bila anda ke Pulau Pinang, dengan mudah anda akan dapat perhatikan
bagaimana kondominium serta apartment mewah di lereng-lereng bukit
tumbuhnya lebih rancak dari cendawan yang muncul selepas hujan. Ini
adalah gaya hidup masakini di Pulau Pinang. Trend kehidupan gaya mewah
yang hanya mampu dilihat oleh warga Melayu penduduk asal Pulau Pinang.
LGE ada kuasa dan ada wang, maka semua itu mampu mereka gapai. Tapi ada
ketikanya lantaran kerakusan menarah lereng dan tebing bukit untuk
pembangunan dengan bermodalkankan kuasa dan wang akan menyebabkan alam
memberontak. Ketika inilah kalau manusia mahu sedar, betapa kerdilnya
diri mereka berdepan dengan kuasa alam. Kalau tak mahu insaf juga maka
terpulanglah.
Allah telah jelaskan kepada hambanya di dalam al Quran bahawa
bukit-bukau ialah pasak yang mengukuhkan dan menstabilkan muka bumi.
Kamu ganggu pasak bermakna kamu gugat ‘baji’ yang menguatkan bumi.
Hasilnya jelas dan nyata lalu dapat dilihat oleh semua orang. Simpati
kita kepada rakyat kebanyakkan yang basah terkena tempias air liur yang
tersembur dari mulut orang suka sembang besar bernama LGE!
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat