NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FGV Umum Skim Pemisahan Sukarela (VSS)



KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengumumkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) ke atas semua yang berjawatan Pengurus Besar dan ke atas, sebagai inisiatif untuk meningkatkan tahap kecekapan firma itu.

“Inisiatif ini bermula dari peringkat atasan dan ia satu isyarat bahawa kami membuat keputusan sukar demi menambahbaik keyakinan pemegang saham dan pihak berkepentingan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Kenyataan itu turut menyebut, elaun Pengurus Besar, Pengurus Besar Kanan dan Naib Presiden termasuk beliau sendiri akan dikurangkan 15 peratus sebagai sebahagian inisiatif pengurusan kos yang ketat.

Tambahnya, syarikat itu turut menjangkakan sejumlah 15 peratus tawaran VSS akan diterima daripada 236 tenaga kerja pengurusan kanan yang menerima tawaran VSS tersebut.

Zakaria memulakan kembali tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 16 Oktober lalu selepas diarahkan bercuti sejak 6 Jun lalu, bagi membolehkan proses siasatan dalam syarikat berkaitan transaksi mencurigakan antara FGV dan Safitex Trading LLC.--Najib Aroff, Astro Awani
© all rights reserved
made with by templateszoo