AIDCNews -18/11/17-Sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Pakatan Harapan (PH) ketua sebenar gabungan pembangkang itu adalah DAP, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Menurutnya, DAP juga telah menggunakan kuasa mutlaknya untuk menguburkan PR, gabungan tiga parti, DAP, PKR dan PAS pada Julai 2015, walaupun keputusan itu tidak dipertujui parti Keadilan.
“DAP yang umumkan Pakatan Rakyat sudah mati (pada Julai 2015)..saya (DAP) tidak peduli PKR setuju atau tidak, kami (DAP) akan umumkan (PR) sudah mati..,” kata Tian Chua dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DAP merupakan sebuah parti sangat alegik apa-apa sahaja perkara yang berkaitan Islam yang diperjuangkan PAS.
“Sebut saja hudud, sebut saja Islamic state, dia (DAP) loncat,”katanya.
https://aidcnews.wordpress.com/2017/11/18/dap-ketua-sebenar-pakatan-rakyat-atau-pakatan-harapan-tian-chua/
No comments
Post a Comment