NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP didominasi kaum-kaum tertentu sahaja



KUALA LUMPUR - Dakwaan DAP sebagai parti untuk semua semakin tidak berasas apabila secara jelas didominasi oleh kaum-kaum tertentu sahaja.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, contoh paling jelas ketika proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlangsung semalam.

“Mereka kata DAP parti untuk berbilang kaum, tapi kalau kita lihat yang menang hanya kaum-kaun tertentu sahaja, kaum lain seperti antah dalam beras sahaja. Mana yang kata parti untuk semua?” katanya ketika ditemui di perkarangan Parlimen, hari ini.

Pada pemilihan itu Lim Kit Siang mengekalkan jawatan sebagai ketua Ahli Parlimen DAP, manakala anaknya, Lim Guan Eng, mempertahankan jawatan setiausaha agung yang digalas sejak 2004.

Kedudukan itu secara tidak langsung menunjukkan keluarga Lim terus mengekalkan kedudukan masing-masing.

“Inilah budaya pembangkang seperti DAP, apa yang salah depan mata tidak nampak, seolah-olahnya gajah depan mata tidak nampak, tapi kuman di laut nampak pula,”katanya.

Tambah Noh, ini belum lagi mengambil kira sikap mereka yang sentiasa menganggap terbaik kepada rakyat.

“Contohnya dalam isu banjir, tahun ini berlaku dahulu di Pulau Pinang, bayangkan kalau negeri lain yang dilanda banjir dulu, tengok apa mereka kata, tentunya mereka akan memuji mereka lah terbaik dalam mengurus,” katanya.

Selain itu dakwa Noh, pemilihan semula CEC DAP seolah-olah hanya untuk kepentingan masing-masing.

“Saya difahamkan kehadiran perwakilan juga merosot, hanya untuk cukup korum, maka tidak ada mandat penuh,” katanya.--SinarHarian
© all rights reserved
made with by templateszoo