Bukan sekali DAP secara terang-terangan campur tangan urusan umat Islam, malah sering menyerlahkan sikap anti-Islam. Permusuhan ditunjukkan DAP juga menjangkau kepada tokoh-tokoh penting umat Islam antaranya terhadap pendakwah perbandingan agama, Dr Zakir Naik. DAP bukan sahaja pernah menggelar secara keterlaluan, malah seolah-olah menjadikannya ancaman. - Hj Aminudin Yahaya
1. DAP diingat supaya menghentikan kebiadaban parti itu yang mutakhir ini galak mencampuri hal ehwal agama Islam. Cukup sudah dengan sentimen perkauman yang pernah diapi-apikan, kini DAP wajib menahan diri dari terus berwatak melampau. Jika tidak, sikap itu hanyalah mencabar kesabaran umat Islam yang sewajarnya tidak disentuh sama sekali dan mungkin mengundang kemarahan.
2. Bukan sekali DAP secara terang-terangan campur tangan urusan umat Islam, malah sering menyerlahkan sikap anti-Islam. Permusuhan ditunjukkan DAP juga menjangkau kepada tokoh-tokoh penting umat Islam antaranya terhadap pendakwah perbandingan agama, Dr Zakir Naik. DAP bukan sahaja pernah menggelar secara keterlaluan, malah seolah-olah menjadikannya ancaman.
3. Inilah paranoid DAP lalu mencipta kebencian dan persengketaan yang menyanggahi sama sekali kecenderungan umat Islam sedunia terhadap pendakwah itu. Dr Zakir Naik diakui dan diiktiraf atas keilmuan serta pendekatan beliau yang sederhana. Beliau mengemukakan pandangan secara akademik secara hujah perbincangan tanpa ada elemen hasutan dan ekstrem.
4. Demikian itu penampilannya, mengapa pula DAP menunjukkan sikap bebal dan kecaman? DAP seharusnya matang untuk berdepan segala perbezaan langsung dengannya secara wacana atau debat sihat lagi harmoni. Namun, pastikan tujuannya ke arah menemukan dan mengakui hakikat kebenaran. Tidak perlu zahirkan busuk hati dan kedengkian terhadapnya tanpa alasan yang benar.
5. Perlu diingati oleh DAP, Dr Zakir Naik bukan asing bagi negara ini di mana beliau pernah dinobatkan oleh Kerajaan Malaysia selaku Tokoh Maal Hijrah dan anugerah itu diterimanya sendiri dari Yang DiPertuan Agong. Oleh itu, DAP jangan bertabiat cabul untuk menjadikan beliau sasaran politik dan seolah-olah melancarkan perang terhadap kepentingan Islam di negara ini.
Hj Aminudin Yahaya
Setiausaha UMMAH