NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tragedi Tanah Runtuh: “Tak Lulus, Tapi Kenapa Teruskan Juga?”



GEORGE TOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan negeri perlu bertanggungjawab kerana tidak menghentikan projek di Tanjung Bungah sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh, kata Persatuan Penduduk Tanjung Bungah.

Pengerusinya, Meenaksi Raman berkata, JAS seharusnya bertindak menghentikan projek itu selepas mereka menolak permohonan pembinaan pada Januari 2015.

"Walaupun kerajaan negeri bersalah kerana tidak menghentikan projek selepas permohonan ditolak, JAS sepatutnya membuat tindakan susulan (untuk menghentikan projek).

"Penolakan permohonan tidak sepatutnya dalam bentuk nasihat dan garis panduan sahaja," katanya kepada pemberita di Tanjung Bungah pada Isnin.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga melanggar garis panduan undang-undang kerana membenarkan projek itu dijalankan.

Ahli Forum Pulau Pinang, Dr Lim Mah Hui yang turut berada di tapak pembinaan itu pada Isnin berkata, ia mengelirukan apabila kerajaan negeri berkata mereka perlu mengikut garis panduan JAS, namun gagal mendengar nasihat yang diberikan jabatan itu mengenai projek tersebut.

Pada Sabtu, tanah runtuh berlaku di Tanjung Bungah pada pukul 8.30 pagi sehigga menyebabkan nyawa 11 pekerja tapak binaan tersebut terkorban.


Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/23/kenapa-teruskan/#llXAUhRXmszoh8RP.99

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo