NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sedia Tawar Penyelesaian Untuk Rumah Mampu Milik


Oleh kerana BNM dan Rehda adalah pihak-pihak yang penting dalam pengurusan RMM dan pasaran RMM, maka kami mencadangkan kedua-kedua pihak tersebut bersemuka bagi mencari menyelesaikan yang tuntas dan komprehensif bagi kebaikan rakyat dengan segera. PAS melalui Lajnah Ekonomi bersedia untuk turut terlibat dalam forum tersebut bagi sama-sama berkongsi pandangan kami dan alternatif konkrit yang kami boleh tawarkan melalui inisiatif DH, untuk kebaikan rakyat. 


Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat memandang serius dan amat bimbang dengan suasana dan masalah pemilikan rumah di Malaysia. Pada 29 September 2017 yang lalu kami telah pun menyatakan pandangan kami terhadap suasana pemilikan rumah bagi rakyat Malaysia yang mana ianya amat tidak mampu. Jesteru dalam penyataan tersebut kami mencadangkan altenatif yang disyorkan oleh PAS melalui Dokumen Hijau (DH) yang mana kaedahnya adalah melalui konsep Sukuk Al Ijarah.


Kerajaan juga harus komited untuk melakukan tindakan yang lebih tuntas dan cepat memandangkan tahap permasalahan Rumah Mampu Milik (RMM) ini adalah di laporkan semakin parah. Ini berdasarkan data-data terkini pendapatan isirumah, harga dan pasaran rumah yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Bank Negara Malaysia (BNM). 


Laporan-laporan tersebut telah merumuskan bahawa nisbah purata harga rumah terhadap pendapatan rakyat Malaysia telah meningkat kepada 5.1 kali daripada 4.4 kali dalam tahun 2014. Ini telah menyebabkan pemilikan rumah di Malaysia sekarang adalah dalam keadaan parah dan semakin tidak mampu milik.


Apa yang lebih membimbangkan kami adalah tindakan saling menuding jari antara dua pihak berkepentingan utama dalam isu perumahan iaitu BNM dan Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda). Dalam laporan yang lebih awal Rehda menyatakan masalah RMM adalah disebabkan kegagalan rakyat untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank, sebagaimana dibuktikan melalui 70% penolakan permohonan pinjaman.


Namun BNM dalam kenyataan terbarunya pula menegaskan bahawa suasana tersebut di atas adalah disebabkan oleh harga rumah yang terlalu tinggi, lantas menggesa pemaju perumahan menurunkan harga rumah melalui pemotongan kos rumah yang mereka bina.


Oleh kerana BNM dan Rehda adalah pihak-pihak yang penting dalam pengurusan RMM dan pasaran RMM, maka kami mencadangkan kedua-kedua pihak tersebut bersemuka bagi mencari menyelesaikan yang tuntas dan komprehensif bagi kebaikan rakyat dengan segera. PAS melalui Lajnah Ekonomi bersedia untuk turut terlibat dalam forum tersebut bagi sama-sama berkongsi pandangan kami dan alternatif konkrit yang kami boleh tawarkan melalui inisiatif DH, untuk kebaikan rakyat. 


Forum tersebut haruslah disegerakan bagi mempastikan titik penyelesaikan dapat di capai secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah RMM sebelum ianya menjadi semakin parah.


Sekian.


INILAH PENYELESAIAN KITA


MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat


26 MUHARRAM 1439H
17 OKTOBER 2017

© all rights reserved
made with by templateszoo