KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan bukan disebabkan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
Othman berkata input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.
"Tak boleh kita nak kata GST adalah punca harga naik, ada barang yang tidak dikenakan GST juga naik harga...banyak faktor lain yang mempengaruhi harga barang, dan kerajaan sentiasa memantau situasi ini agar tidak terlalu membebankan," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Loke Siew Foke (DAP-Seremban) bahawa GST punca kenaikan harga barangan sehingga membebankan pengguna di negara ini.
Othman berkata isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan pelbagai inisiatif seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan skim bantuan pekebun kecil diberikan bagi membantu rakyat.
Dalam pada itu, menjawab soalan asal Datuk Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) mengenai masalah yang dihadapi kerajaan dalam melaksanakan GST, Othman berkata pelaksanaan GST pada masa ini bertambah baik berbanding ketika ia mula dilaksanakan pada 1 April 2015 apabila terdapat penurunan jumlah aduan diterima kerajaan berkaitan cukai itu.
"Berdasarkan rekod Jabatan Kastam pada 2015, sebanyak 6,830 aduan diterima, pada 2016 ia menurun kepada 1,235 dan sehingga Julai 2017 hanya 185 aduan yang diterima.
"Ini menunjukkan kefahaman mengenai GST semakin baik berbanding pada peringkat awal apabila masyarakat terutama peniaga masih kurang faham dan keliru menyebabkan pelaksanaan GST kelihatan celaru," katanya.-- BERNAMA
Hampir semua ahli politik Pakatan Harapan (PH) bertindak mengunci mulut, manakala kebanyakannya enggan memberikan sebarang komen susulan kep...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.