NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen UMNO di sekolah, apa petandanya?



UMNO sudah tidak laku di pasaran terbuka sehingga terpaksa jual umno di sekolah rendah. Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung Umno,   cuba hendak bawa nostalgia lama dengan menyeru guru-guru menyokong umno. Beliau fikir guru-guru ini boleh dicucuk hidung dan disuap dedak dan sagon. Mungkin ada seorang dua di sekolah itu yang menjadi pengampu kelas satu untuk hidup dan kepentingan sendiri bukan untuk memajukan sekolah

Saya percaya majoriti guru yang berada di sekolah muak dengan perangai pemimpin umno seperti Tengku Adnan. Tetapi apa kan daya tidak mampu untuk bersuara, mampu memberontak di dalam hati sahaja. Tidak masuk akal guru yang cerdik dan mempunyai maklumat yang luas boleh menjadikan umno sebagai wadah perjuangan mereka ketika  rakyat menolak umno. Masyarakat yang berada di pendalaman pun sudah menolak umno.

Umno hanya ada kuasa sahaja. Roh perjuangan sudah hilang. Pemimpin umno hanya boleh guna kuasa dan wang untuk tarik sokongan tetapi tidak boleh beli jiwa rakyat. Generasi muda pada hari ini yang ibu bapa mereka penyokong tegar umno sudah beralih arah bersama dengan PAS. Mereka yakin wadah yang tidak berpaksi kepada Islam tidak ke mana. 60 tahun umno memerintah, bukan satu jangka hayat yang singkat. Tetapi kualiti hidup rakyat semakin tertekan. Mereka hanya bergaduh sesama mereka kerana kek ghanimah semakin kecil, bukan kerana rakyat. Tubuh parti lain tetapi isi yang sama cuma botol dan lebel sahaja yang lain. . Jom sejahtera bersama Islam melalui wadah PAS dan Gagasan Sejahtera.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo