oleh Rijaluddin Hj. Ahmad
Bahawa parti DAP di Malaysia wujud sebagai serpihan dan kesinambungan parti PAP di Singapura setelah terpisahnya Singapura daripada Malaysia, adalah fakta sejarah benar yang tidak dapat disangkal lagi (didedah secara terpeincin dalam buku DAP: Bahaya kepada Melayu-Islam di Malaysia, 2017).
Bahawa pimpinan DAP sering mendapatkan panduan dan bimbingan bukan sahaja daripada PAP di Singapura menerusi lawatan berkala mereka tetapi juga dari luar negara lain, juga benar dan sukar dinafikan DAP lagi.
Pada waktu yang sesuai, semakin banyak bukti akan dikemukakan untuk penilaian rakyat jelata. Sesungguhnya DAP dengan konsep “Malaysian Malaysia”nya jelas kelihatan semakin galak dan beriya-iya benar untuk mendapatkan sokongan rakyat, bersama-sama sekutunya yang berupa parti serpihan UMNO seperti PKR dan PPBM serta parti serpihan PAS, iaitu PAN.
Di atas premis politik berfalsafahkan liberalisme dan sekularisme Machiavelli yang menghalalkan segala cara asalkan hajat dipenuhi itulah maka berbondong-bondonglah tentera upahan DAP bertebaran di segala pelosok Malaysia aktif memalsukan maklumat, menyebar fitnah setiap kali dalam ceramah-ceramah dan dalam pelbagai ucapan politik mereka.
Bermula dari Lim Kit Siang (LKS), anak dinastinya, Lim Guan Eng (LGE), Gobind Deo, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Ronnie Liu; itulah kerja mereka siang malam, setiap hari. Tidak kurang pula yang membantu seperti Khalid Samad, Mujahid Yusof, Husam Musa dan Hanipa Maidin yang kesemuanya antara yang telah ditolak oleh Muktamar PAS dua tahun lalu dan menubuhkan PAN. Kita akan tunggu sejauh mana mereka bilen menjadi Trojan Horse DAP.
DAP dibantu juga oleh NGO-NGO yang sedia berkhidmat dengan Penang Institute ciptaannya termasuklah mendapat sokongan NGO seperti IKRAM untuk pelbagai acara forum dan talks mengenai pelbagai isu Islam atas tema-tema menarik seperti “Rahmatan Lil ‘Alamin” dan Maqasid Syariah”. Ternyata modus operandi yang sama ketika Lee Kuan Yew pakai songkok berkempen tahun 60-an itu dikitar semula.
Itulah DAP yang tak mengenal penat dan lelah; selagi esok masih ada, di situlah DAP akan berada dan mereka berjaya mengutip anak-anak muda Melayu yang rosak akhlaknya seperti Zairil Khir dan Dyana Sofea. Kedua-duanya kini dikatakan sudah ‘menyusahkan’ DAP dengan babak-babak sensasi serakah cinta dan noda mereka yang tak dapat dibendung dalam gelap lagi lalu terlepas ke mata awam.
Namun Zairil dan Dyana menafikan itu mereka – biasalah, standard DAP, kan…. Menariknya, jawapan DAP bahawa pasangan tersebut mesti hadapi media jelaskan sendiri tanpa pembelaan daripada parti sudah memberi signal bahawa laluan politik mereka mula kelam dan dijangka takkan dapat bertahan lama. Rakyat jelata yang semakin celik dan bijak mula bertanya: “apa dah jadi dengan maqasid syariahmu, wahai Zairil?” Kita tunggu dan lihat jelah bagaimana wayang ini akan berakhir nanti, sama ada di mata awam atau berlarutan sehingga ke peti undi PRU ke-14.
Maka di sinilah pentingnya antara leftenan terkedepan DAP, Ronnie Liu memainkan jarum dan memulakan operasi. Ahli politik dan bekas Exco Selangor DAP ini memang terkenal cukup benci dan marahkan UMNO dan PAS. Orang kata kalau Melayunya Rafizi Ramli dari PKR, maka Cina DAPnya pulak memang ramai dan salah seorangnya adalah Ronnie Liu.
Ronnie yang menganut agama Kristian merupakan antara pemimpin kanan DAP masa kini yang jawatannya turut belum disahkan oleh ROS, sama seperti Penasihatnya Lim Kit Siang (LKS), anaknya Lim Guan Eng (LGE) dan semua mereka yang telah dilantik secara tidak sah. Ronnie Liu adalah orang kuat DAP milik penuh LKS dan sekutunya yang pernah cuba mematikan karier politik seorang lagi tokoh legend seasoned DAP bernama Tan Seng Giaw (TSG), yang dianggap musuh utama Dinasti Lim dalam DAP.
Untuk mengetahui rahsia hubungann ini sila baca rangkaian tulisan menarik RPK dalam www.malaysia-today.net bertarikh 24, 26, 29, 31 Mac, 6 dan 9 April 2017 untuk memahami kisah drama politik dahsyat DAP berkenaan. Ronnie Liu adalah antara balaci kesayangan LKS dan LGE. Semua tahu dan kalau nak tahu lagi siapa Ronnie lebih lanjut, buka Youtube dan taip “Ronnie Liu.” Roinnie memang licik sebagaimana diakui wartawan The Star dalam http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2015/11/03/power-play-in-selangor-dap-polls/.
Seperti yang RPK senantiasa asak dan hentam DAP dalam ruangan Malaysia Todaynya sekian lama, DAP ni kepala batu – salah atau benar serupa saja. Sehingga kini DAP tidak berani sanggah atau lawan balik apatah lagi nak saman RPK oleh LKS atau LGE atau Tony Pua atau mana-mana ahli politik DAP yang jawatan mereka belum disahkan oleh pihak ROS!
Betullah kata orang Melayu yang mula sedar yang sehingga kini ditakuti DAP: “Lim Kit Siang didik anak buahnya jadi pemaki tegar kepada usaha-usaha kerajaan”. Apa sahaja kerajaan buat tak betul baginya. Jadi pembohong dan pembenci Melayu dan agama Islam. Kecualilah Melayu-Islam yang sudah menjadi balacinya, sudah termakan dedak DAP. Dedak DAP memang power sebab dapat bantuan kewangan dan support dari luar negara. Ini rahsia besar yang semua orang sudah tahu dan pastinya dedak DAP itu tidak halal!
Atau barangkali ada benarnya tanggapan sesetengah pihak bahawa dengan begitu ramai pimpinan DAP dibaptiskan sebagai Kristian Evangelis, maka wujud seolah-olah satu agenda besar mirip “Gerakan Salibiyyah” sedang disusun secara strategis untuk meranapkan apa-apa unsur Islam dalam negara termasuk Perkara 3(1)?
Apakah ini ada kaitannya dengan serangan demi serangan dalam media alternatif dan media sosial terhadap Islam dan Muslim di negara ini seperti yang dilakukan oleh peguam Bishop Paul Tan, Baru Bian, Azrul Khalib, Kassim Ahmad yang baru meninggal dunia, Waythamoorthy (HINDRAF), Ahmad Farouk Musa (IRF), KJ John, S. Thayaparan, Farouk A. Peru, Dennis Ignatius, Redzuan Kushairi (G25), Haris Ibrahim, Zaid Ibrahim, Maszlee Malek (IKRAM) dan segerombolan yang sama pemikiran liberalis-sekularis yang semua kisahnya semuanya boleh diakses menerusi pelbagi media tempatan?
Dalam hal ini kerajaan mesti bersifat proaktif, telus dan tidak menutup mata sebelah sahaja dalam mengendalikan pelbagai siasatan serangan berperingkat ini yang sebenarnya bermula dari kalangan Islam itu sendiri seperti daripada Kumpulan G25, IRF,BEBAS, Sisters in Islam (SIS) yang menampilkan nama-nama yang ada connections dengan VVIP.
Lihat sajalah kebiadapan Ust Wan Ji Wan Hussin yang terang-terang membuat mapping perancangan menentang Institusi Di Raja, ingin menghapuskan Kesultanan Melayu dan mewujudkan Republik Malaysia menjelang tahun 2030, begitu berani mendurhaka dengan menggelarkan “Sultan = Syaiton” seperti yang viral dalam video (lihat https://www.youtube.com/watch?v=l63ryRxXUp4) sejak tahun 2013 lagi.
Ya, benar beliau sudah ditahan pihak PDRM, tetapi kini dibebaskan. Dikatakan berpuluh-puluh laporan polis oleh NGO dan orang-perseorangan telah dibuat atas video berkenaan.
Semoga pihak berkuasa bertindak cepat dan tegas ke atasnya bukan sahaja menerusi Akta Hasutan 1948 tetapi juga boleh disabitkan di bawah Perkara 121, Kanun Keseksaan.
Raja-Raja adalah payung teduhan rakyat dan pelindung agama Islam di Negeri-Negeri dengan SPB Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam Persekutuan. Menentang Raja-Raja sama ertinya menentang Kedaulatan Islam, cubaan menjatuhkan SPB Yang DiPertuan Agong dan ingin mencabar kedaulatan negara.
Benarkah tiada siasatan dilakukan sehingga kini kerana mereka semua ada kaitan dengan orang yang berpengaruh termasuk Kerabat DiRaja? Siapakah pelindung mereka? Mutakhir ini kedengaran suara mereka “mendekati” dan “cuba menasihati” Raja-Raja supaya menekan kumpulan Islam yang aktif memburu puak Liberalis-Sekularis-Pluralis-LGBTQ ini yang sering mendapat back-up daripada pihak JAIS, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) lainnya. Benarkah begitu atau atau Raja-Raja disalah-bisikkan dengan fakta yang tidak benar?
Teringat benar kita akan Titah KDYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 5 Ogos 2017 yang lalu bahawa: “Raja-Raja Melayu peka dan memahami denyut nadi dan denyut jantung rakyat” dan bahawasanya rakyat amat lega mendengar Titah DiRaja yang sedemikian itu. Pada masa yang sama rakyat amat mengharapkan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dapat membuat judgement yang jelas, siasatan yang menyeluruh dan keputusan yang seadilnya, sebagaimana janji yang dipegang dan diwarisi dalam Wa’adat Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba suatu ketika dulu.
Allahu Akbar dan Daulat Tuanku!
Rijaluddin Hj. Abdullah,
18 Oktober 2017