Adalah dengan ini Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Malaysia merujuk kepada isu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membanteras aktiviti perjudian negara.
2. PERKASA dengan penuh takzim MENYOKONG DAN BERSAMA dengan usaha yg telah dijalankan oleh PPIM bagi membanteras kemungkaran perjudian yang menjadi salah satu punca kebejatan sosial di negara ini.
3. Perlu diingatkan, tiada mana-mana ajaran agama dan moral, samada dari Barat atau Timur yang menghalalkan perjudian.
4. Aktiviti perjudian, samada dihalalkan oleh perundangan negara atau sebaliknya, merupakan suatu kesalahan dalam mana-mana ajaran agama, moral dan budaya.
5 PERKASA tidak akan bertolak ansur dengan sebarang anasir yang melindungi atau menaungi aktiviti perjudian, samada oleh mana-mana penjawat awam, pemimpin kerajaan atau pembangkang.
6. PERKASA dengan ini mendesak pihak berkuasa menyiasat sehingga ke akar umbi dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh aktivis-aktivis PPIM dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
7. Akhir kata, PERKASA menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama mengembeling usaha dan tenaga bagi membanteras aktiviti perjudian.
Salam hormat, salam perjuangan buat anak bangsaku.
Dato' Hj. Ruslan bin Hj. Kasim
Ketua Penerangan
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA
No comments
Post a Comment