NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

12 perbelanjaan dapat pelepasan cukai



Oleh: Mohd Husainy
Berikut adalah senaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017

1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
• Berumur 60 tahun dan ke atas
• Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
• Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..

2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.

Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)
• Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
• Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

3. Kesihatan
• Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
• Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

4. Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.

5. Perkeso - Terhad RM250

6. Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

9. Insurans nyawa dan KWSP - Terhad RM6,000

10. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000

11. Insurans pendidikan dan perubatan - Terhad RM3,000

12. Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)

Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2017 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit!

Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus.

Pendapatan bercukai pada tahun 2017 adalah RM34,000 setahun yang diperolehi dari mana2 sumber seperti penggajian (gaji+elaun+bonus+insentif), perniagaan, komisen dan lain2.

Sekian.


Sumber: https://www.facebook.com/husainy.mohd/posts/1021439036994368
© all rights reserved
made with by templateszoo