Kenapa DAP, PKR dan PAKATAN HARAPAN sanggup menuduh DBKL melanggari hak bukan Islam? sedangkan Singapura juga melaksanakan kawalan jualan dan penggunaan arak di tempat awam? Adakah Singapura juga melanggari hak bukan Islam?
Sama-sama kita fikirkan.
Akta Kawalan Arak Singapura:
1. Dilarang minum arak di tempat awam dari pukul 10.30 malam - 7 pagi.
2. Dilarang jual arak dari pukul 10.30 malam - 7 pagi.
3. Di Geylang dan Little India, Dilarang minum arak di Zon Kawalan Arak dari 7 pagi Sabtu - 7 pagi Isnin. 7 pagi di hari cuti umum sehingga 7 hari selepas cuti umum.
4. Kedai di Zon Kawalan Arak dilarang jual arak dari 7 petang hujung minggu termasuk cuti umum.
5. Boleh minum arak melebihi masa yang ditetapkan dengan syarat ada permit sah dan boleh minum arak dalam tempoh permit itu sahaja. Minum arak pun dilokasi BBQ sahaja.
6. Nak jual arak melebihi 10.30 malam, kena mohon dari Polis. Kelulusan Polis bergantung kepada kesannya pada orang awam. Pihak penjual juga mesti melaksanakan kawalan untuk mecegah kesan dari masalah minuman arak.
7. Sesiapa sahaja yang melanggari peraturan ini akan didenda SGD 1 ribu - 2 ribu serta penjara 3 bulan.
8. Kedai yang menjual lebih dari masa yang ditetapkan akan didenda SGD 10 ribu.
9. Denda akan dilipatgandakan sebanyak 1.5 kali jika perlanggaran terhadap kawalan ini berlaku di Zon Kawalan Arak.
(Sumber - The Strait Times Singapore - http://www.straitstimes.com/singapore/what-you-can-or-cannot-do-under-the-new-alcohol-law )