2 September 1998 jam 12.45 tenghari terima call dari Ezam Mohd Mor bahawa Dr. Mahathir beri kata dua kepada Anwar, letak jawatan TPM atau didakwa di Mahkamah! Terpinga-pinga saya mendengarnya, segera meninggalkan Pejabat Pemuda di tingkat 37 PWTC dan menuju ke kediaman rasmi TPM di Wisma Socfin. Ramai teman-teman dan kenalan berkumpul.
Jam 5 petang kenderaan Volvo putih dinaiki Pegawai Polis Bukit Aman datang serahkan surat pemecatan Anwar sebagai TPM.
Seusai solat Maghrib, bekalan elektrik dan air rumah Anwar diputuskan. Anwar kemudian berucap menerangkan punca masalah beliau dengan Dr. Mahathir yang membawa pemecatan. Berbeda cara menangani kemelesetan ekonomi yang melanda negara. Selamatkan taukeh besar atau bela rakyat marhaen? Guna wang Petronas langsaikan hutang anak Dr. Mahathir atau bela penjaja kecil dan subsidi rakyat bawahan? Soros atau boros?
Punca sebenar jangan sampai diketahui rakyat maka fitnah terbesar dicipta. Dr. Mahathir, dia cipta tuduhan, dia siasat, dia dakwa dan dia juga jatuhkan hukuman. Media, polis, peguam negara dan mahkamah menjadi alat.
Sejak hari itu wajah Malaysia berubah!
Sungguh ini suatu perjuangan yang panjang.hanya yang ikhlas dan istiqamah mampu bertahan.