NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skandal FIC: Isa Samad ditahan SPRM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad bagi membantu siasatan pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber berkata, Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel berkenaan oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, penahan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang dirakam pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan.

"Justeru itu, SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo