NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU164: Kenapa umat Islam perlu bantah?



Setelah pengeluaran section 88A dari RUU164, RUU164 kelihatan seperti tidak menimbulkan masalah.

Apabila.diperhatikan secara mendalam, pindaan terbaru mempunyai beberapa isu yg patut dibincangkan.

Akta RUU164 terdahulu dibuat berdasarkan tiga perkara.

1. Pasangan yang masuk Islam akan menyelesaikan semua urusan perkahwinan dan kekeluargaan sebelum mereka secara rasmi memohon kad pengenalan baru yang tercatat agama Islam.

2. Mahkamah Sivil berdasarkan perlembagaan, tiada hak kepada mana-mana urusan perkahwinan seorang Islam walaupun mualaf, kerana undang2 perkahwinan keluarga Islam telah diiktiraf hatta sebelum merdeka.

3. Urusan penentuan agama seseorang warganegara termasuk anak-anak samada Islam atau tidak, terletak bawah mahkamah syariah.

Konsep yang sepatutnya menjadi panduan dalam pindaan baru RUU164.

1. Islam Agama Persekutuan.
Oleh kerana Islam agama persekutuan, maka segala perkara yang melibatkan konflik agama seperti agama anak-anak hendaklah meletakkan prioriti kepada Islam. Perkara ini penting kerana orang bukan Islam sendiri tidak mahu agama dimasukkan dalam kad pengenalan mereka.

2. Agama semasa berkahwin
Penceraian adalah berdasarkan agama semasa perkahwinan. Maka konflik melibatkan agama anak-anak meletakkan agama semasa perkahwinan sebagai prioriti.

Pindaan RUU164 yang diluluskan baru-baru ini hanya mengambil konsep kedua sahaja iaitu Agama semasa berkahwin dan menolak konsep Islam agama persekutuan.

Akibatnya semua urusan anak2 Mualaf yang pasangannya belum Islam, akan dikendalikan di mahkamah sivil selamanya dan bergantung kepada keputusan budi bicara hakim semata-mata. Ini akan mungkin mewujudkan kes murtad di mana anak2 yg sebelum ini dibawah jagaan mualaf Islam diperintah oleh mahkamah sivil utk ditukar jagaan kepada pasangan bukan Islam. Keadaan ini akan menimbulkan konflik yang lebih besar dalam masyarakat.

Untuk mengelak konflik penjagaan anak ini, satu section khas yang memperuntukkan keutamaan Islam satu darjat lebih tinggi. Ini adalah prinsip asas di mana apabila berlaku konflik, minoriti akan mengalah pada majoriti dan undang2 asal peribumi. Ini akan mewujudkan keamanan dalam masa panjang.

Isu ini sama dengan penetapan Mazhab Syafie mengatasi mazhab lain apabila timbul konflik.

Inilah asas bantahan dari umat Islam.

Dr Ishak Ibrahim
Penganalis Politik

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212675779162615&id=1629977687

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo