1. LATAR MASA: ISLAM DIPERSENDA
Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985. Dekad 80an, keadaan Islam tidak seperti hari ini. Masih ramai orang Islam yang terang-terangan mengaku sekularis. Syariat Islam dihina terang-terangan tanpa kiasan. Pemimpin kerajaan terlalu jahil akan hakikat Islam. Tutur kata dan perilaku langsung tidak dijaga dari batas iman dan kufur.
Ustaz Ibrahim Libya antara tokoh ulama yang lantang mempertahankan akidah Islam yang tulen. Beliau tidak gentar menegur pemimpin negara yang ketika itu banyak melanggar batas-batas yang menjejaskan akidah. Beliau juga membangkit kesedaran beragama di kalangan penduduknya.
Akibat tindakannya itu, beliau diburu oleh penguasa yang anti Islam dan pejuangnya ketika itu. Seruan kepada Islam hanya akan menyebabkan rakyat makin membenci penguasa. Kerana itu orang seperti Ustaz Ibrahim Libya mesti dibanteras.
2. LATARBELAKANG: AKTA ISA
Saat itu juga, kerajaan dibawah pimpinan regim Mahathir menggunakan akta ISA untuk menyekat siapa sahaja yang mengancam kuasanya. Pimpinan PAS antara yang paling ramai ditahan atas akta tersebut.
ISA adalah suatu akta zalim yang diperkenal sejak 1960. Akta ini membenarkan pihak berkuasa menahan seseorang tanpa bicara. Ada yang berdekad ditahan tanpa berita. Selain ditahan, mereka diseksa, ditoca dan diancam berbagai ancaman. Hanya pada 2012, ia dimansuhkan.
Tragedi Memali berlaku kerana pihak berkuasa ingin memberkas Ustaz Ibrahim Libya atas akta ISA. Ustaz Ibrahim enggan tunduk menyerah diri. Beliau menunjukkan protes terhadap akta yang sangat zalim itu.
Memali adalah simbolik penentangan terhadap kezaliman ISA. Kematian para syuhada Memali perlu dikenang sebagai hero sepanjang zaman. Sanggup mati mengorbankan nyawa, kerana menolak ISA.
3. TIMBUL KEMBALI
Tragedi Memali kembali tersebar setelah Mahathir tidak dapat menjawab soalan yang diajukan peserta berkenaan Memali dalam program Nothing To Hide 2.0 anjurannya. Sebaliknya berlaku kekecohan yang didakwa dicetuskan sendiri oleh pihak penganjur.
Mengikut maklumat dalaman, rancangan Mahathir menganjur program itu adalah untuk membelasah Najib dengan berbagai isu. Sengaja ditinggalkan kerusi kosong di sebelahnya menggambarkan Najib takut untuk hadir. Tetapi lain pula jadinya. Isu Memali yang hangat dan kini beliau gelabah menjawab.
4. AMANAT HAJI HADI?
Ramai mendakwa Amanat Haji Hadi punca Tragedi Memali. Sedangkan ucapan itu pada tahun 1981. Memali pula 1985. Suatu tempoh masa yang panjang untuk dikaitkan. Ucapan itu pula di Terengganu. Memali di Kedah. Sepatutnya rakyat Terengganulah yang berlaku tragedi sebegitu dahulu, kalau benar ia ada kaitan dengan amanat. Zaman itu bukan seperti hari ini yang boleh mengakses maklumat dengan cepat dan sistematik.
Tuan Guru Haji Hadi waktu itu bukan Presiden PAS. Timbalan Presiden juga bukan. Tidak ada locus standi yang jelas untuk menjadikan ucapannya sebagai pegangan utama ahli PAS di seluruh peringkat.
Suka dijelaskan, tiada sesiapa menggelar ia sebagai amanat. Ia sekadar petikan ucapan Tuan Guru yang berlangsung lebih 1 jam. Penulis dan pencetak amanat tersebut dalam bentuk poster adalah penjual agama. Beliau sendiri telah keluar dari PAS selepas itu.
5. RCI CADANGAN PAS
PAS menolak Kertas Putih yang dibentangkan dalam Parlimen. Antaranya kerana berlaku konflik kepentingan sebagaimana yang dinyatakan Tok Guru Nik Aziz, polis yang membunuh, polis juga yang menyiasat. Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Yusof Rawa juga berpendapat serupa.
Tragedi Memali sepatutnya disiasat oleh pihak ketiga yang tidak berkepentingan. Sebaiknya adalah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dinaungi terus dibawah SPB YDP Agung. Ia lebih kredibel dan telus.
6. PAN HILANG PRINSIP
Hampir keseluruhan pemimpin PAN semasa masih berada dalam PAS bersama dibelakang mangsa Memali. Mereka mengiktiraf perjuangan Ustaz Ibrahim, menempelak pihak berkuasa yang membunuh, menolak Kertas Putih dan menafikan kaitan Amanat Haji Hadi.
Tetapi baru beberapa bulan bersama Mahathir, kini semua bertukar rupa. Lidah yang dahulu lantang mengutuk Mahathir kini bercabang dan menjilat kembali tangan orang tu yang berlumuran darah mangsa Memali itu. Sedaya upaya tidak.mahu mengaitkan Mahathir dengan kejadian itu. Kertas Putih dijadikan sumber. Dan Amanat Haji Hadi pula dipersalahkan.
7. BPMS PAS POLITIK UTAMAKAN RAKYAT
Ada yang mengatakan RCI hanya akan menguntungkan UMNO. Menampakkan ketelusan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.
PAS yang mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sepatutnya tidak menjadikan itu sebagai masalah utama. Salah satu kriteria BPMS adalah Politik Utamakan Rakyat. Bermakna apa jua agenda yang membela dan menguntungkan rakyat, ia harus diutamakan. Soal untung rugi politik itu nombor dua. Nasib rakyat tidak harus diperjudikan demi nafsu politik.
Tragedi Memali adalah masalah rakyat yang tidal berkesudahan. Mangsa Memali tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Lebih 30 tahun sejarah mereka diputarbelit sehingga menggambarkan mereka di pihak yang salah. Semua itu perlu diselesaikan tidak kira pihak mana yang beroleh keuntungan politik sekalipun.
8. PH CUBA TAKUTKAN PAS DENGAN RCI
Media Pro-PH kini sedang bermain reverse phsycology. Mereka memainkan isu konon sekiranya RCI diwujudkan, ia akan membuat PAS yang terkena kerana ia berkait dengan Amanat Haji Hadi. Konon akan terselah wajah sebenar PAS parti pengganas sebagaimana didakwan Sumber mereka adalah Kertas Putih yang disediakan kerajaan Barisan Nasional.
Nampak seperti mereka cuba menakutkan agar PAS tidak lagi mendesak RCI ditubuhkan. Mereka sebenarnya ingin menyelamatkan Top Dog mereka, Mahathir. Kerana beliaulah Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Dan semya tahu sejarah permusuhannya terhadap PAS dan anggota pimpinan.
Justeru usah dilayan naratif yang dimainkan. Teruskan mendesak supaya RCI tubuh. Ramai saksi-saksi yang masih hidup. Bukan semua berpihak kepada pihak berkuasa, walau mereka sendiri sebahagian dari pihak berkuasa. Tun Musa Hitam, Tunku Muszaffar Shah antara pegawai tinggi polis yang menyatakan kekesalan terhadap peristiwa Memali.
9. SYAHID
Kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 orang syuhada yang lain dipertikai kembali. Apa yang pasti, pimpinan PAS dan tokoh-tokoh agama waktu itu kebanyakan mengiktiraf mereka sebagai syuhada. Antaranya Tuan Guru Haji Yahya Junid yang Ahli Majlis Fatwa Kedah, menyebabkan beliau dipecat. Sultan Kedah mencemar duli melawat kubur syuhada. Memali, menunjukkan iktiraf baginda.
Saya ingin mengajak untuk kita merenung sebuah hadis sahaja. Sabda Rasulullah SAW:
" Ų³ŁŲÆ Ų§ŁŲ“ŁŲÆŲ§Ų” ŲَŁ
ْŲ²َŲ©ُ ŲØْŁُ Ų¹َŲØْŲÆِ Ų§ŁْŁ
ُŲ·َّŁِŲØِ ، ŁَŲ±َŲ¬ُŁٌ ŁَŲ§Ł
َ Ų„ِŁَŁ Ų„ِŁ
َŲ§Ł
ٍ Ų¬َŲ§Ų¦ِŲ±ٍ ŁَŲ£َŁ
َŲ±َŁُ ŁَŁَŁَŲ§Łُ ŁَŁَŲŖَŁَŁُ
"Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin zalim, dia menyuruhnya dan melarangnya sehingga dia dibunuh"[HR Al-Hakim]
4 Zulhijjah 1438
25 Ogos 2017
(Alang Ibn Shukrimun)
Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
Facebook:
fb.com/AlangShukrimun