Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Anak Mangsa Memali 1985.
1. Isu pembunuhan di Memali bukan isu untuk PRU, bukan isu main-main atau seronok-seronok bagi mencari perhatian umum, TETAPI ia adalah isu MARUAH seorang ulamak dan mangsa kezaliman terhadap orang kampung yg tidak berdosa.
2. Bukan saya yang mula bangkitkan isu ini, sebaliknya Tun M yg mula cetuskan apabila memberikan jawapan yang tidak bertanggungjawab dalam program Nothing To Hide, jawapan yg menggongcang jiwa saya dan kami anak mangsa Memali.
3. Sebab itu saya rasa bertanggungjawab menulis untuk tatapan anak muda yang ingin mengetahui apa yg berlaku 32 tahun yg lalu. Saya anak mangsa, dan ayah adalah mangsa yg terlibat dan menjadi orang yg keluar dipagar rumah Ustaz Ibrahim untuk berunding dengan dato yahya yob (ketua pegawai operasi ops hapus).
4. Isu umur saya setahun ketika itu, tak kan boleh ingat semua yg berlaku 32 tahun lalu?? Ya! Umur saya setahun ketika itu. BUKANLAH SAYA INGAT BAHKAN BELUM MENGERTI APA² cuma rasa takut melihat keadaan ayah yg diperlakukan sedemikan, dan tentulah semua ini diceritakan oleh mak, ayah dan abg saya yg ada bersama ketika tersebut, ayah saya juga dipanjangkan umur hidup hampir 16 tahun selepas peristiwa bersejarah itu.
5. Pelikkah? Kalau begitu bagaimana pula dengan guru sejarah yg menceritakan tentang sejarah kemerdekaan, teruknya orang melayu lawan komunis dan sebagaimananya. Adakah guru itu sudah wujud zaman itu atau baru berumur setahun? Jika Ya! Macam mana dia boleh bercerita, makan kismis minda ke? Apa susu dia minum sampai jadi genius sangat umur setahun boleh ingat! Sudah tentulah guru tadi mengetahuinya dari mangsa keganasan komunis, dan mendapat maklumat dari orang yg hidup di zaman tersebut. So tak pelikkan? Jangan pula kita hentam guru tersebut hanya kerana dia belum ada atau baru umur setahun ketika tercetusnya sejarah itu. Kita juga tentu ada kisah waktu kecil yg diceritakan oleh ayah atau ibu dan kita cerita pula kepada kawan².
6. Ustaz nak ke isu ini dimainkan oleh umno untuk jatuhkan Tun M dan umno terus berkuasa?? Oh no! Yang bertanggungjawab dalam isu Memali ini ialah Tun M dan UMNO sendiri, kerana ketika kejadian Tun M adalah perdana menteri yg juga presiden umno, dan yg menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim menyebar ajaran sesat adalah pemimpin umno kedah ketika itu.
7. Ingat! Selain peristiwa Memali, di Baling terdapat sejarah besar, iaitu pihak berkuasa negara boleh turun bertemu dan berunding dengan Chin Peng (pemimpin komunis) yg banyak membunuh orang kampung dan macam² jenayah yg dilakukan terhadap orang melayu, semua kita tahu sejarah komunis. TETAPI pertemuan dan rundingan itu sangat harmoni tanpa setitis peluh pun keluar apatah lagi percikan darah! Kepada dengan ulamak kamu boleh bertindak sedemikian???.
8. Sebab itu saya mengelak daripada di temuramah oleh TV3 dan tidak setuju kalau sekadar itu atau ambil kenyataan saya, sebab cara tersebut boleh edit dan menghentam sebelah pihak yg kita semua sedia maklum sedang berbalah. Saya SETUJU jika mana² siaran TV nak jemput saya tetapi dengan syarat buat secara LIVE!
9. Dalam tulisan saya sebelum ini yg menjadi viral 3 hari lepas, saya memetik 3 nama iaitu Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, kerana mereka antara penceramah utama isu Memali sebelum ini, bahkan boleh dengar kembali ceramah Mat Sabu, hentamannya kepada Tun M berkait peristiwa Memali, ucapan Mahfuz Omar dalam parlimen, begitu juga ceramah Salahuddin Ayob yg pernah memimpin pemuda PAS satu ketika dulu. Mereka sangat mengetahui apa yg terjadi kepada ayah saya dan mangsa yg lain, Meraka juga BOLEH SAHKAN apa yg saya tulis, walaupun hari ini mereka bertiga sudah bersama Tun M dalam meja Pakatan Harapan yg pengerusinya adalah Tun M sendiri. Ayuh bersama PAS memimpin perubaha!!!
10. Peristiwa Memali tidak akan pernah dilupakan, bahkan terus diingati sebagai sejarah hitam kezaliman sang pemerintah yg gilakan kuasa, dan tidak tertulis dalam buku sejarah negara yg dipelajari oleh pelajar sekolah rendah mahupun menengah.
11. Pergilah bertemu balu yg masih ada, mangsa yg masih hidup, nilailah dengan mata hati yg jujur, komenlah dengan cara matang, janganlah ditunjukan kebodohan dalam berbicara, yang benar itu tetap benar, adapun yg salah itu tetap salah!
ŁَŁُŁِ Ų§ŁْŲَŁُّ Ł
ِŁ Ų±َّŲØِّŁُŁ
ْ ۖ ŁَŁ
َŁ Ų“َŲ§Ų”َ ŁَŁْŁُŲ¤ْŁ
ِŁ ŁَŁ
َŁ Ų“َŲ§Ų”َ ŁَŁْŁَŁْŁُŲ±ْ ۚ Ų„ِŁَّŲ§ Ų£َŲ¹ْŲŖَŲÆْŁَŲ§ ŁِŁŲøَّŲ§ŁِŁ
ِŁŁَ ŁَŲ§Ų±ًŲ§ Ų£َŲَŲ§Ų·َ ŲØِŁِŁ
ْ Ų³ُŲ±َŲ§ŲÆِŁُŁَŲ§ ۚ ŁَŲ„ِŁ ŁَŲ³ْŲŖَŲŗِŁŲ«ُŁŲ§ ŁُŲŗَŲ§Ų«ُŁŲ§ ŲØِŁ
َŲ§Ų”ٍ ŁَŲ§ŁْŁ
ُŁْŁِ ŁَŲ“ْŁِŁ Ų§ŁْŁُŲ¬ُŁŁَ ۚ ŲØِŲ¦ْŲ³َ Ų§ŁŲ“َّŲ±َŲ§ŲØُ ŁَŲ³َŲ§Ų”َŲŖْ Ł
ُŲ±ْŲŖَŁَŁًŲ§
Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kufur (ingkar) biarlah ia kufur”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jijik. (Al-Kahfi:29)
Sekian, Wallahu A'alam.
18/8/2017. 12:20pm.