Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan atlet pada temasya Sukan SEA 2017 dipandang sebagai ibadah di sisi Allah.
Bagaimanapun katanya, ia dengan memenuhi syarat iaitu niat yang betul dan menepati lunas-lunas Islam.
"Perlawanan para atlet ini dipandang sebagai ibadah di sisi Allah dengan memenuhi syarat iaitu niat yang betul dan menepati lunas-lunas Islam.
"Saya dan ahli-ahli PAS bersama menyokong para atlet Malaysia pada Sukan SEA Ke-29," katanya seperti dilaporkan Harakah Daily, hari ini.
Anggota parlimen Marang itu berkata, atlet Malaysia akan berentap bagi memecahkan rekod Sukan SEA 2001 demi mengharumkan nama negara dengan semangat kemerdekaan.
"Seramai 874 atlet negara bersiap sedia bertempur dan telah berjaya meraih pingat emas pertama oleh pasukan chinlone. Saya mengucapkan tahniah atas permulaan yang baik," jelasnya.
Sementara itu, kontinjen Malaysia kini sedang mendahului negara-negara dalam pungutan pingat dengan tujuh pingat emas, empat perak dan lima pingat gangsa.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/sukan/392495
Sumber: https://www.malaysiakini.com/sukan/392495