SEKRETARIAT UMMAT
KENYATAAN MEDIA
BANTAHAN TERHADAP
PINDAAN AKTA 164
SEKRETARUAT UMMAT
YANG MEWAKILI NGO2 ISLAM dengan ini menyatakan bantahan terhadap usul kerajaan untuk
meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali
juga sebagai Akta 164.
Pindaan ini
melibatkan 3 perkara utama yang melihatkan penghakisan terhadap hak umat islam
:-
i. mengusulkan agar mualaf turut dibenarkan
untuk membubarkan perkahwinannya mengikut undang-undang sivil
ii. agama anak mualaf kekal pada agama asalnya dan hanya boleh
ditukar jika kanak-kanak ini mendapat persetujuan kedua2 ibu dan bapa.
iii. ia mempunyai kesan terkebelakang
(restrospektif).
Pindaan ini bukan
sahaja menafikan hak kebebasan ummat islam seperti yang terkandung dalam Fasa
3(1) perlembagaan malah ianya bercanggah dengan Fasa 12 (4) dalam menentukan
agama anak yang berusia dibawah 18 tahun. Sedangkan Ordinan Undang-undang
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952 menyatakan apabila seseorang itu
memeluk Islam, maka anak mualaf tersebut secara automatik akan beragama Islam.
Pindaan ini juga tidak mengambil kira apa yang telah dipersetujui dalam Persidangan
Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil ke-19 pada 27 hingga 29 April 2009 yang
dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menjelaskana bahawa mana-mana
pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak di bawah umur 18
tahun hendaklah menjadi orang Islam kerana ia selaras dengan hukum syarak.
Kami melihat tindakan
meminda Akta 164 akan menimbulkan lebih banyak pertikaian undang-undang
berbanding menyelesaikan masalah.
Aminuddin Yahaya
Pengerusi
SEKRETARIAT UMMAT