Saya rasa terpanggil nak kongsi cerita macamana duit kita kena curi. Saya katakan duit kita kerana 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan duduk bawah Kementerian Kewangan. Duit 1MDB kerajaan yang bagi dan duit kerajaan tu semua orang maklum adalah dari rakyat yang membayar cukai. kita adalah rakyat, maka duit 1MDB adalah duit kita semua.
Sumber utama maklumat dalam cerita ini adalah dari Laporan PAC. PAC adalah singkatan kepada Public Account Committee atau dalam bahasa Melayu dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Kedudukan jawatankuasa ini hanya satu level di bawah parlimen bukan macam jkuasa PIBG atau JKKK atau lain lain jawatankuasa. PAC ada autoriti untuk memanggil Jabatan Audit Negara (JAN) dan minta JAN buat audit. Tambahan pula PAC ini dianggotai oleh ahli ahli parlimen pelbagai parti yang dipengerusikan oleh YB Dato Hassan Ariffin, Jumlah ahli dari BN adalah 9 orang, DAP 2 orang, PKR 2 orang dan seorang dari PAS.
Kejadian berlaku pada bulan September 2009 iaitu diantara 18.9.2009 sehingga 30.9.2009, itulah sebabnya kita kata 12 hari.
Ianya bermula bila diumumkan Kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi. Syarikat yang akan mewakili kerajaan Malaysia adalah 1MDB sementara PetroSaudi International mewakili kerajaan Arab Saudi. Pada hari yang sama iaitu pada tanggal 18.9.2009, tiga buah syarikat yang menggunapakai nama asas yang serupa telah ditubuhkan dan didaftarkan di tempat yang berbeza. Syarikat itu adalah (1) PetroSaudi Holding (Cayman) Limited didaftarkan di Pulau Cayman, (2) PetroSaudi International juga didaftarkan di Pulau Cayman. Syarikat ini adalah anak syarikat PetroSaudi Holding (Cayman). (3) PetroSaudi International didaftarkan di Pulau Seycheles. Perlu dingatkan ini adalah syarikat syarikat yang nama asasnya adalah PetroSaudi. Ini adalah teknik untuk mengelirukan (confuse). Pada tarikh yang sama juga sebuah syarikat bernama 1MDB PetroSaudi ditubuh dan didaftarkan di British Virgin Island (BVI) oleh PetroSaudi Holding(Cayman) Limited.
1MDB PetroSaudi adalah syarikat usahasama atau JV antara 1MDB dengan PetroSaudi International dengan pegangan saham 40% : 60%. Apa yang sepatutnya berlaku adalah JV antara 1MDB dengan PetroSaudi International dari Arab Saudi tetapi yang berlaku adalah termeteri JV antara 1MDB dengan PetroSaudi (Holding) Limited dari Pulau Cayman. Sebagai perbandingan Minah dari Malaysia sepatutnya berkahwin dengan Putera Saad dari Arab Saudi tapi dikahwinkan dengan Putera Saad dari Pulau Cayman.
10 hari selepas syarikat 1MDB PetroSaudi iaitu didaftarkan iaitu pada 28.8.2009 telah diadakan suatu majlis menandatangani perjanjian usahasama diantara 1MDB, 1MBD PetroSaudi dan PetroSaudi (Holding) Limited di Kuala Lumpur. Turut hadir menyaksikan tandatangan ini adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Sri Najib.
Antara isi perjanjian tersebut adalah pengakuan dan persetujuan yang menyatakan PetroSaudi (Holding) Limited telah memberi pinjaman pendahuluan sebanyak USD700 juta kepada 1MDB PetroSaudi dan ia mestilah dibayar balik sepenuhnya pada 30.8.2009. Dengan kata lain antara isi perjanjian tersebut adalah PetroSaudi (Holding) telah memberi hutang USD700 juta kepada 1MDBPetroSaudi 3 hari lepas dan hutang ini mesti dibayar balik sepenuhnya lusa atau 2 hari lagi. Satu transaksi kewangan besar yang sangat pelik. Tidak pernah dibuat orang tapi ia berlaku didepan Perdana Menteri Malaysia.
Pada tanggal 30.9.2009, sejumlah wang USD700juta telah dipindahkan dari Deutsch Bank di Kuala Lumpur ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Limited, milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dalam projek usahasama ini. Pada hari yang sama juga sejumlah USD300 juta dipindahkan keakaun 7619400 di J.P Morgan (Suisse) SA. Kedua dua bank ini terletak di Switzerland.
Pindahan wang ini adalah dengan kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM). Disinilah liciknya permainan mereka kerana berjaya meyakini pegawai bank walaupun pihak bank menyedari pindahan yang dibuat adalah begitu besar dan tergesa gesa.
Jika dirujuk kepada dokumen saman Department of Justice (DOJ) Amerika terhadap “The Wolf of Wall Street motion picture including any rights to profits, royalties and distribution proceeds owed to Red Granite Pictured inc. or it Affiliates and/or Assigns.” pada mukasurat 25 perenggan 70 dan 71 ada menyatakan:
70. At approximately 3:14 p.m., Deutsche Bank transmitted to RBS Coutts a SWIFT payment order requesting that $700 million be credited to an account at RBS Coutts. The SWIFT message did not identify the owner of the RBS Coutts account, but the account number listed on the SWIFT as a recipient of the $700 million wire transfer was the number of the Good Star account.
71. Approximately 6 minutes later, at about 3.20pm, Deutsche Bank transmitted a second SWIFT payment order to J.P Morgan requesting that $300 million to be credited to an account at J.P Morgan (Suisse). As with the other SWIFT message, the SWIFT message for the $300 million wire transfer did not identify the owner of the beneficiary account. The account number listed in the SWIFT for the $300 million wire transfer matched for the J.P Morgan JV account.
Jika diperhatikan maklumat dari kedua dua sumber iaitu Laporan PAC dan DOJ tidak ada sebarang percanggahan, malah saling lengkap melengkapi. Dengan mudah saja hilanglah duit sebanyak USD 1 billion yang bersamaan dengan RM4.3 billion atau RM4,300 juta. Pendekatan 3C – “Convince”, “Confuse” dan “Con” telah digunakan dengan berkesan dalam skandal ini.
Selepas daripada itu, ada analisa yang menunjukkan sejumlah USD 20juta (RM86 juta) dari akaun Good Star telah dimasukkan kedalam akaun peribadi AmBank seseorang yang ada kaitan terus 1MDB.
Muhamad Sobri Osman, 28.8.2017