NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Parti serpihan DAP bertanding di Pulau Pinang dan Selangor


SEPANG: Parti Alternatif Rakyat (PAP) mengesahkan akan bertanding di sekurang-kurangnya 8 kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dewan UndanganNegeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Sebelum ini, PAP turut mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Pulau Pinang pada PRU14 nanti.

Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor berkata parti berbilang kaum itu sudah mengenal pasti pemimpin berkaliber termasuk dalam kalangan generasi muda dan wanita untuk diletakkan sebagai calon.

“PAP mahu menampilkan kepimpinan yang sederhana dan cara berkempen yang bersih dengan kedudukan kewangan yang seimbang dan kita juga tidak mahu terlalu yakin.

“Isu yang akan difokuskan pada PRU14 nanti termasuk isu di peringkat nasional dan tempatan antaranya isu perumahan dan pendidikan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

PAP yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 30 Okt 2015, ditubuhkan bekas anggota DAP susulan krisis dalaman dan kepimpinan parti itu.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga bekas naib pengerusi DAP berkata partinya menjangkakan Pakatan Harapan akan berkubur sebelum PRU14 kerana isu pembahagian kerusi.

“Kerjasama DAP dengan Amanah hanyalah sebahagian usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kerana DAP tidak lagi mendapat sokongan apabila menganaktirikan anggota kaum Melayu.

“Kerusi mana yang DAP nak beri kepada Amanah? Saya sebagai naib pengerusi dulu pun tak dapat jadi calon sebaliknya diberikan kepada calon kaum Cina yang tidak berpengalaman,” katanya.

Selain itu, katanya jika DAP bertanding pada PRU14, ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAPmasih belum diiktiraf RoS. 

(Bernama  | December 17, 2016)
© all rights reserved
made with by templateszoo