NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penulis upahan ikut siapa beri dedak?



Penulis upahan manusia tidak ada prinsip dan tidak tidak ada integriti diri. Hidup menjadi pengampu dan pengipas semata-mata. Siapa yang jamu lebih maka ia akan sokong. Politik oppotunis, penulis perutism akan berubah angin apabila tuannya jamu tidak cukup. Inilah yang berlaku di dalam UMNO dan parti yang sewaktu dengannya.

Kalau dulu dimaki, sekarang dipuji. Dulu macam-macam gelaran, sekarang diangkat sebagai hero. Manusia seperti ini ikut siapa tuan yang memberi dedak dan sagon. Siapa bagi lebih seringgit, maka dia akan tukar kem. Kita pun tidak boleh halang manusia ini, memang itu profesion dia. Jika tidak siapa mahu bayar duit kereta dan rumah dia.

Manusia seperti ini ada sepanjang  zaman daripada dulu hingga kiamat. Nasib baik dalam kubur dia tidak boleh menulis, jika tidak dia akan menulis pula untuk siapa yang boleh bagi duit kepadanya. Kebanyakan kita kenal peribadi individu ini. Semuanya ada masalah peribadi terutama masalah kewangan

Lebih dahsyat lagi, penulis ini ada yang menjadi orang kuat UMNO satu ketika dahulu. Menjadi pengampu umno bertaraf lima bintang. Sewaktu itu, pemimpin UMNO belum cadang lagi, dia sudah sokong. Sekarang marah kepada pemimpin UMNO kerana dedak dan sagon tidak cukup. Setengah itu pernah pegang jawatan di dalam UMNO Bahagian, ada yang menjadi penulis upahan untuk menghalal tindakan kepada pembangkang.

Apa yang pelik penulis ini membelasah PAS kononnya PAS mesra dengan UMNO, kianat kepada rakyat. Pada hal kita kenal mereka sewaktu di dalam UMNO. Tangan merekalah yang menulis dan menyokong dasar UMNO yang melingkup pendidikan, ekonomi, politik orang Melayu satu ketika dahulu. Mereka membisu kerana dedak dan sagon cukup.

Ada juga penulis ini, idea tidak ada. Bahasa yang digunakan kita sudah tahu tahap akhlak dan pemikirannya. Maklumat mengenai PAS  dikutip di tepi jalan dan di kedai kopi. Wasap dan FB seperti soheh Bukhari Muslim untuk membelasah PAS. Kita juga kenal peribadi mereka. Memang ada masalah peribadi sewaktu bersama dengan PAS.  Amat bodohlah jika masalah peribadi kita hendak dedahkan. Biarlah orang ketahui sendiri melalui tulisan dan bahasa yang digunakan.     

Haji Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2/7/17
                   
© all rights reserved
made with by templateszoo