NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO Cina Pulau Pinang semakin tidak tahan perangai kerajaan negeri DAP



Majlis Klan Cina Pulau Pinang 

1. Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih 40 klan Cina di Pulau Pinang. 
2. Maksud Klan Cina ialah persatuan-persatuan yang ditubuhkan atas nama keluarga (surname) masyarakat Cina, seperti Lim, Tan, Yeap, Ooi, Khoo, Cheah dan sebagainya. 
3. Anggota Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah perwakilan yang dihantar oleh setiap persatuan, dan bukannya terbuka kepada orang perseorangan. Secara amnya, perwakilan yang dihantar adalah terdiri daripada Pengerusi dan ahli jawatankuasa tinggi setiap persatuan. 
4. Kebiasaanya, pemegang jawatan tinggi dalam NGO persatuan-persatuan Cina terdiri daripada orang kenamaan, ahli-ahli perniagaan terkemuka dan aktivis-aktivis yang penting dalam komuniti orang Cina. 
5. Oleh itu, Majlis Klan Cina Pulau Pinang yang diwakili oleh orang-orang penting dalam masyarakat Cina merupakan satu NGO yang kuat dan berpengaruh. 
6. Peranan Majlis Klan Cina Pulau Pinang banyak dalam memperluaskan pemahaman budaya Tionghua dalam masyarakat majmuk di Malaysia, melalui penganjuran program-program dan festival kebudayaan dan tradisional dari semasa ke semasa. 
7. Program-program NGO ini selalunya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan dan juga pelancong asing. 

Meng Eng Soo Temple 
1. Meng Eng Soo Temple yang terletak di Jalan Pintal Tali (Rope Walk) ditubuhkan oleh ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin pada abad ke-19. 
2. Di dalam tokong yang bersejarah ini, diletakkan papan-papan peringatan ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin terdahulu yang telah berjasa kepada komuniti Cina ketika Tanah Melayu berada di bawah jajahan British. 
3. Majlis Klan Cina Pulau Pinang mengambil alih pengurusan Meng Eng Soo Temple pada tahun 2003 dan memulakan projek baik pulih bangunan dan ‘restoration’ pada tahun 2006, sehingga tempat ini kini menjadi lokasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. 
4. Setiap tahun pada 7hb Julai, Meng Eng Soo Temple akan mengadakan Hari Terbuka, di mana Jalan Pintal Tali akan ditutup dan diadakan banyak program budaya dan tradisional masyarakat Cina di Malaysia, seperti Chingay, tarian singa, permainan tradisional, wushu, dan makanan tradisi. 


Penang CNY Cultural and Heritage Celebration 
1. Program Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang diadakan sejak tahun 1994 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Program ini dimulakan secara kecil-kecilan setiap dua tahun sekali. 
2. Acara ini dianjurkan oleh Clan Youth Association Committee, yang merupakan gabungan pergerakan Pemuda bagi klan-klan Cina Pulau Pinang, dan dianjurkan di bawah naungan Majlis Klan Cina Pulau Pinang (kecuali 2008 di mana acara dianjurkan terus oleh Majlis Klan Cina). 
3. Kejayaan pengajuran acara ini setelah beberapa kali telah mendapat perhatian kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Acara ini kemudiannya dijadikan sebagai satu acara pelancongan negeri, di samping mendapat sumbangan dana kerajaan negeri untuk tujuan penganjuran. 
4. Malah pada tahun 2006, Penang CNY Cultural and Heritage Celebration dijadikan Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan dan turut dicemar duli oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong. 
5. Sejak tahun 2006, program ini dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Pulau Pinang dan mendapat kunjungan daripada warga tempatan dan juga pelancong asing. 


Nota: 
Majlis Klan Cina Pulau Pinang = Gabungan perwakilan pusat klan-klan Cina Pulau Pinang 
Clan Youth Association Committee = Gabungan perwakilan pergerakan pemuda klan-klan Cina Pulau Pinang 
Kedua-dua NGO ini adalah entiti berbeza dan Clan Youth tidak terikat secara rasmi dengan Majlis Klan Cina. 


Ng Wei Aik punca segala isu? 

1. Sejak 2009, ADUN Wong Hon Wai (DAP) memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bagi Penang Cultural and Heritage Celebration setiap tahun sehingga 2014. 

2. Pada tahun 2015, Pengerusi Penganjur ditukar dan dijawat oleh Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP). 

3. Ng Wei Aik pada mulanya amat prihatin terhadap perancangan, kewangan dan segala aspek penganjuran acara tersebut. Pihak Clan Youth Association Committee dipaksa memberikan segala nama kontraktor dan sebut harga bagi semua perkara yang bakal dianjur. 

4. Hakikatnya, Ng Wei Aik menyimpan niat untuk memberikan kontrak penganjuran kepada kroni-kroni pada tahun-tahun akan datang. 

5. Sikap tamak Ng Wei Aik terserlah apabila peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM700,000 tidak sampai penuh kepada pihak penganjur, sebaliknya ditelannya. 

6. Setelah sekian lama meminta dan menunggu, Clan Youth Association Committee telah mengambil keputusan untuk mengadakan sidang media untuk mendedahkan kepada orang umum bahawa RM20,000 tidak disampaikan kepada pihak penganjur. Ng Wei Aik menyerang NGO terbabit melalui akhbar dan media sosial, dan mengatakan bahawa kumpulan pemuda tersebut tidak hormat kepada keputusannya. 

7. Ng Wei Aik pada tahun 2016, sekali lagi dilantik menjadi Pengerusi Penganjur oleh Lim Guan Eng, telah meminta Majlis Klan Cina Pulau Pinang untuk mengambilalih penganjuran acara ini, dan membelakangkan para pemuda dari Youth Committee. 

8. Namun, penganjuran sambutan Tahun Baru Cina 2016 amat hambar dan mengecewakan pengunjung. Hal ini kerana pengunjung mendapati festival tersebut kurang mempersembahkan nilai dan budaya masyarakat Cina, tetapi lebih bersifat komersil. 

9. Khabarnya, banyak kos yang dipotong dan kroni-kroni Ng Wei Aik mendapat habuan melalui penganjuran festival yang mega ini. 

10. Majlis Klan Cina Pulau Pinang kemudiannya mendakwa peruntukan penuh tidak disalurkan, dan kekurangan RM70,000. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/07/12/penang-govt-owes-clan-council-rm70000-for-cny-do/

11. Ng Wei Aik sekali lagi tidak mengendahkan permintaan pihak penganjur mengenai isu peruntukan Kerajaan Negeri. Wang peruntukan kepada NGO sebagai dana penganjuran sudah dilesapkannya. 


Ng Wei Aik 

1. Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik sememangnya terkenal dengan pelbagai kontroversi. 

2. Pada 2011, Ng Wei Aik bersama anggota MPPP bertindak kasar ala samseng menyita kerusi meja 
dan peralatan lain sebuah restoran mamak di Lebuh Macallum sehingga digelar YB Tong Gas. 

3. Pada 2015, nama Ng Wei Aik muncul dalam notis sebuah restoran yang menyenarai-hitam Ahli Parlimen ini yang telah membuat kecoh ekoran keengganan membayar cukai perkhidmatan. 

4. Ng Wei Aik juga pernah memaki pengurusan parkir Penang Times Square kerana mengenakan caj berlainan bagi letak kereta di bahagian bertingkat dengan bawah tanah. 

5. Pernah juga orang ini memaki sekutunya dalam Pakatan Harapan, iaitu PKR, dalam posting facebook yang berupa “Ask PKR go to hell”. 

6. Pada 2015, NG Wei Aik cuba mengambil alih penganjuran acara penyembahan Tuhan di Chew Jetty yang sudah dianjurkan oleh penduduk tempatan selama berpuluh-puluh tahun. Tujuannya amat jelas, iaitu untuk menelan wang yang bakal diperuntukan sekali lagi. 

7. Projek Occupy Beach Street sejak 2014 merupakan acara yang dianjurkan pihak Ng Wei Aik untuk mencari keuntungan melalui kroni-kroni. 

8. Awal tahun ini, Ng Wei Aik bertindak angkuh meletakkan kenderaan di jalan kaki tepi jalan sesuka hati tanpa perasaan takut terhadap penguatkuasaan undang-undang. 

9. Sikap samseng, angkuh dan tamak Ng Wei Aik amat terserlah dan tidak dikawal oleh DAP. 


Hari Terbuka Meng Eng Soo Temple 2017 


1. Pada 7 Julai 2017, Meng Eng Soo Temple sekali lagi mengadakan perayaan Hari Terbuka. Pelbagai aktiviti dan program diadakan di sepanjang Jalan Pintal Tali. 

2. Pihak penganjur, iaitu Majlis Klan Cina telah menjemput pemimpin-pemimpin dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadiri oleh ADUN-ADUN DAP dan juga pemimpin dari Barisan Nasional. Kelihatan juga Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang iaitu Datuk Jahara Hamid (UMNO) yang turut serta meraikan program budaya ini. 



3. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon, diundang ke majlis ini dan diberikan penghormatan daripada pihak penganjur atas usaha dan jasa beliau yang berjaya meletakkan nama George Town mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Tan Sri Koh Tsu Koon kemudiannya diberikan cenderamata kenangan daripada pihak Majlis Klan Cina Pulau Pinang atas jasa tersebut. 

4. Usaha yang dimulakan oleh Tan Sri Koh Tsu Koon sejak tahun 90an inilah yang mengharumkan nama George Town sebagai destinasi pelancongan warisan yang terunggul pada masa kini. 

5. Khabarnya, Lim Guan Eng pada awalnya telah menolak untuk menghadiri upacara perasmian Hari Terbuka ini, namun berubah fikiran pada saat terakhir. 

6. Pemakaian round-neck tshirt Guan Eng dilihat tidak bersesuaian dengan majlis formal ini, padahal semua anggota EXCO dan ADUN DAP berpakaian tradisional, padan dengan majlis yang penuh budaya ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng sombong dan tidak hormat kepada majlis. 

7. Dalam ucapan Pengerusi Majlis Klan Cina Pulau Pinang, En. Chang Wei Lu, beliau telah menyuarakan rasa tidak puas hati dalam beberapa isu terutamanya berkenaan dengan isu penganjuran Perayaan Tahun Baru Cina. 

8. Ucapan beliau telah membangkitkan kelemahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan telah menimbulkan rasa marah dalam hati Lim Guan Eng. 

9. Lim Guan Eng kemudiannya melepaskan rasa geramnya ketika memberikan ucapan. Lim Guan Eng, dengan nada yang sinis, telah memberikan amaran kepada Majlis Klan Cina supaya tidak bertindak menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi berunding dengan lebih tenang. 

10. Guan Eng memberikan amaran bahawa Majlis Klan Cina tidak menduduki Meng Eng Soo Temple secara sah dan segala perkara harus dilakukan mengikut lunas undang-undang. Kenyataan ini jelas untuk mengugut dan memberikan peringatan bahawa Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan terhadap Majlis Klan Cina sekiranya mereka terus bertindak menentang Kerajaan Negeri. 

11. Seperti biasa, Guan Eng memberitahu orang ramai kononnya betapa telus pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan DAP dalam mengumpul dana yang tinggi dalam rizab kewangan negeri. Dalam sebuah rakaman video yang kini menular, seorang tetamu yang hadir kedengaran menyindir Guan Eng bahawa Kerajaan Negeri masih perlu meminjam wang walaupun memiliki rizab yang banyak. 

12. Dengan nada kesombongan juga, Guan Eng memberitahu bahawa sekiranya para pengundi masih melihat pentadbiran di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon lebih baik, maka pentadbiran Pakatan Harapan bersedia untuk digantikan. 

13. Keangkuhan Lim Guan Eng amat terserlah dalam ucapan beliau yang banyak berbaur politik dan ugutan. Ramai yang hadir berpendapat bahawa Guan Eng amat marah kerana dihina di khalayak ramai dan kini bertindak untuk mengugut NGO Cina ini untuk tunduk kepadanya. 

14. Gambar-gambar yang kini menular dalam akhbar dan media sosial jelas menunjukkan muka Guan Eng yang amat tidak puas hati dan marah selepas ucapan tersebut. Sebagai Ketua Menteri yang matang dan profesional, Guan Eng sepatutnya mengawal emosi dan bertindak lebih rasional dan tidak mengeluarkan kata-kata yang mengugut. 





Ucapan Tan Sri Koh Tsu Koon 
1. Berlainan dengan Guan Eng, ucapan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon penuh dengan rasa rendah diri dan penghargaan kepada NGO-NGO seperti Majlis Klan Cina dan Penang Heritage Trust yang telah bekerjasama erat dengan kerajaan pimpinan beliau dalam usaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO untuk Bandar George Town. 
2. Ucapan beliau disusuli oleh tepukan gemuruh daripada orang ramai yang nampak dengan jelas sifat peribadi yang rendah diri dalam Tan Sri Koh berbanding dengan Lim Guan Eng. 
3. Tan Sri Koh turut dikerumuni orang ramai yang meminta untuk berjabat tangan dan menangkap gambar bersama beliau semasa membuat lawatan ke gerai-gerai di sepanjang jalan. Sudah jelas dan nyata bahawa orang ramai sudah nampak nilai dan usaha baik Kerajaan BN pimpinan beliau berbanding Kerajaan Negeri DAP. 


Kesimpulannya 
1. Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, sudah jelas menyeleweng peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada NGO-NGO tempatan. 
2. Ketamakan Ng Wei Aik akhirnya makan diri sendiri apabila dibongkar oleh masyarakat Cina yang tidak tahan lagi dihimpit dan ditekan oleh orang-orang DAP. 
3. Sentimen orang Cina terhadap Barisan Nasional kini nampaknya lebih positif berbanding 2013. 
4. Pengundi yang logik dan rasional sudah muak dengan janji-janji manis DAP dan penyelewengan yang semakin berleluasa dalam pentadbiran kerajaan pimpinan DAP. 
5. Keangkuhan, ketamakan dan penipuan DAP dan Pakatan Harapan sudah disedari masyarakat Cina. NGO-NGO kini semakin berani lantang bersuara menentang DAP secara terbuka dan tidak lagi menaruh harapan kepada DAP. 
6. Akhbar-akhbar Cina yang sebelum ini memainkan peranan membantu DAP meraih sokongan kini ditentang dan diugut oleh Lim Guan Eng. 
7. Namun begitu, cabaran Barisan Nasional adalah untuk menjadikan sentimen positif ini kepada undi Barisan Nasional dalam Piliharaya Umum yang akan datang.
© all rights reserved
made with by templateszoo