Oleh: Naraza Muda
PAS pernah membenarkan DAP bertanding menggunakan lambang parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Situasi getir ini apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung DAP dalam situasi PRU13 yang semakin hampir.
Lalu PAS tanpa memikirkan risiko kehadapan terus menawarkan Parti aliran Sekuler-Sosialis agar menggunakan lambang bulan Parti Islam sebagai penyelesaian kemelut yang dihadapi DAP waktu itu. Satu tindakan luar jangkaan dan berani yang diambil PAS sebagai bukti setiakawan dalam Pakatan.
Pengerusi DAP waktu itu, mendiang Karpal Singh seolah merayu rakan-rakan politik membantu mereka membenarkan DAP menumpang lampang parti PAS atau PKR kerana mengelak kecelaruan jika DAP menggunakan lambang bebas bagi calon mereka yang sudah tentu nanti akan memberi kesan lain semasa PRU 13.
Bila PAS menawarkan lambang mereka, DAP boleh bernafas lega dan tidak sangat tertekan dengan perbagai masalah dalam menghadapi persiapan PRU. Sikap PAS yang harmoni memberi satu semangat kebersamaan menyelesaikan kontroversi lambang yang terpaksa DAP hadapi disaat PR
Kini sekali lagi DAP hadapi ujian besar menjelang PRU14. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru.
Semua perlantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 dianggap tidak sah apabila DAP didapati melanggar peraturan Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
DAP perlu memastikan 2576 perwakilan dari 865 cawangan bermeyuarat semula untuk memuktamadkan pemilihan 20 orang anggota CEC diiktiraf semula kerana pemilihan tidak sah dan rekod 2012 mungkin diambil kira, untuk mengarahkan 865 cawangan bermesyuarat dalam masa sebulan dua ini bukan mudah.
Inilah masalah besar yang DAP perlu selesaikan jika PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat. Maka tidak keruan si apek Kit Siang dan anak beranaknya. Guang Eng pula terpaksa memikul pertuduhan rasuah membabikan pembelian hartanah kediamanya.
Jika berlaku PRU 14 dalam masa terdekat ini sudah tentu DAP bertanding tanpa parti. Mereka sekali lagi akan terpaksa merayu kepada kompenan lain dalam Pakatan Harapan. Apakah PPBM atau Tun Mahathir akan bermegah menawarkan lambang Bunga Raya untuk DAP? Jika ini berlaku Mahathir sudah tentu melakarkan sejarah hitam dalam riwayatnya kerana membantu DAP.
Apakah PKR sudah bersedia menawarkan lambang mereka dikibarkan DAP? Kenapa tidak PAN? Walaupun masalah lambang ini bukan masalah utama sekarang ini, tetapi bakal memberi kesan besar kepada DAP. Dalam gelojoh menyerang PAS bertalu-tahu, DAP terpaksa melupakan sekejap serangan-serangan kepada PAS dalam waktu itu.
Budak nakal PAN sudah tentu sudah menuduh UMNO sudah bantu PAS. PAS pula bantu UMNO. Ini sudah tentu menjadi amalan tambahan diganding dengan ratib-ratib PAS selamatkan Najib, PAS selamatkan UMNO dan PAS nak masuk UMNO....
Apa pun penangan PAN, dia gagal memberi buah fikiran kepada DAP bagaimana DAP perlu buat, bagaimana menyuluh jalan penyelesaian kemelut yang DAP tanggung sekarang ini. DAP sedang merenung laut senja angkara ahli-ahlinya sendiri yang membuat laporan kepada ROS tentang skandal dan salah laku pemimpin DAP menguruskan pemilihan parti yang lalu.
Kesian juga..... DAP sudah hilang kuasa menandatangani watikah perlantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihan raya yang diiktiraf Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mungkin PAN segan nak buat program Solat Hajat memohon tuhan membantu menyelesaikan masalah taikung mereka.