NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkara yang kita perlu buat jika ahli keluarga meninggal waktu tengah malam.



  1. Jangan cemas
  2. Maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.  (Kena simpan no tel ahli jwtkuasa masjid)
  3. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
  4. Begitu juga dengan tangan, sapu-sapu sedikit minyak di kedua-dua siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
  5. Letak sesuatu yang agak berat sikit seperti gunting besi atas perut, supaya tidak masuk angin.
  6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
  7. Tangan diikat dengan perca kain.
  8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dengan perca kain.
  9. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar.
  10. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki. Boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dan sebagainya, asal saja dapat menutupi jenazah.
  11. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu Subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
  12. Mesti ada pengesahan kematian dari Doktor Klinik/Hospital.
  13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
  14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
  15. Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.
  16. Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).
  17. Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
  18. Patut juga kita ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
  19. Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing-masing.
  20. Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
© all rights reserved
made with by templateszoo