NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penulis, Wartawan Veteran Rehman Rashid Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Penulis dan wartawan veteran Rehman Rashid, 62, yang pernah mengalami serangan jantung pada Januari lepas, meninggal dunia hari ini.

Adiknya, Rafique Rashid ketika dihubungi Bernama, berkata Rehman meninggal dunia pada kira-kira 6.30 pagi di Hospital Selayang.

"Buat masa ini punca sebenar kematian masih belum diketahui namun kami jangkakan ia ada kaitan dengan serangan jantung yang beliau alami dulu," katanya.

Beliau berkata jenazah dijangka dibawa ke rumahnya di Kuala Kubu Bharu sebelum pengebumian di tanah perkuburan di situ.

Rehman sebelum ini dilaporkan mengalami serangan jantung pada Januari lalu ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Allahyarham pernah bertugas dengan New Straits Times sebagai Editor Bersekutu dan kolumnis, serta Asiaweek di Hong Kong.

Rehman turut menghasilkan beberapa buku seperti 'Peninsula: A Story of Malaysia' dan 'A Malaysian Journey' selain pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik 1985 daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI).-- BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo