NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PCM desak KM Penang letak jawatan

Sepanjang 9 tahun pentadbiran Lim Guan Eng, sudah terlalu banyak kerosakan yang telah dibuat oleh dia sehinggakan kini saya sendiri tidak pasti samada Pulau Pinang masih kekal menjadi salah sebuah negeri di dalam Malaysia atau sudah menjadi sebuah negeri yang telah dijual sepenuhnya oleh Guan Eng kepada pihak luar. - Huan Cheng Gu

Apa yang saya lakukan semalam merupakan antara beberapa aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tindak tanduk Lim Guan Eng yang begitu tamak menjual segala jenis hartanah yang ada di Pulau Pinang.

Ramai yang telah sedar bahawa apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng ini cukup menyalahi undang-undang. Bayangkan, bagaimana seorang Ketua Menteri telah menyalah gunakan kuasanya untuk membolehkan beberapa bidang tanah di jual di bawah harga pasaran sebenar. Apa tujuan dia melakukan perkara sedemikian?

Seperti biasa, orang seperti Lim Guan Eng ini mana pernah mengakui salah sendiri. Ayat paling popularnya adalah, semua ini salah Kerajaan Persekutuan walhal segala urusan negeri di bawah kuasa dia sendiri. Jadi untuk apa menyalahkan Kerajaan Persekutuan jika diri sendiri gagal mengawal nafsu tamak?

Terus terang saya katakan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang maruah dan intergriti untuk menerajui sebuah negeri. Dengan kes mahkamah yang sedang dia hadapi disamping pelbagai tuduhan dan pertikaian keatas tingkah lakunya, untuk apa lagi Lim Guan Eng menerajui negeri kelahiran saya?

Sepanjang 9 tahun pentadbirannya, sudah terlalu banyak kerosakan yang telah dibuat oleh dia sehinggakan kini saya sendiri tidak pasti samada Pulau Pinang masih kekal menjadi salah sebuah negeri di dalam Malaysia atau sudah menjadi sebuah negeri yang telah dijual sepenuhnya oleh Guan Eng kepada pihak luar.

Kasihan kepada anak-anak Pulau Pinang hari ini. Masa hadapan mereka jelas tidak menentu disebabkan nafsu tamak seorang Ketua Menteri sehinggakan mereka terpaksa berhijrah keluar kerana tidak lagi mampu untuk mendiami tanah tumpah darah mereka. Tambahan pula, ada diantara hak mereka hari ini sudah dijual kepada pihak asing.

Letak jawatanlah Lim Guan Eng. Kehadiran kamu di Pulau Pinang memang benar-benar merosakkan negeri yang kami cintai ini.

Huan Cheng Gu
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia
Via Blog & Facebook Saya
© all rights reserved
made with by templateszoo