NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tidak pernah iktiraf PAN


"PAS sudah tidak diperlukan di Malaysia" demikian sergah Presiden PAN parti yang baru setahun jagung terjun ke kancah politik Malaysia.

Mengapa PAS tidak diperlukan, kerana kata Mat Sabu sebagaimana dilapor NST:

PAS, he said, has deviated from its original struggle. He said the Islamic party is fighting against the people, the Orang Asli and that its approach was incompatible with Islam.

He said the party was also making enemies of its friends and turning itself into the enemy.

1. PAS menyimpang dari perjuangan asalnya
2. PAS (bukan membela tetapi) menentang rakyat, Orang Asli dan pendekatannya bertentangan dengan Islam
3. PAS memusuhi kawan-kawannya

Demikian kasar dan liarnya tuduhan seorang yang pernah menjadi Timbalan Preside PAS, pernah menang kerusi Parlimen atas tiket PAS dan kini senyap-senyap makan pencennya dari kudrat dan pengorbanan orang-orang PAS.

Mungkin Mat berpuas hati dan gembira dengan kenyataan dangkalnya itu sekurang-kurangnya mereka yang membiayai beliau akan bangga dan bertepuk tangan di belakang.

Kalau DAP yang pukul dan serang PAS nanti kesannya negatif jadi biarlah sesama Islam yang lakukan.

Bekas pemimpin parti Islam itu terang dan lantang menyerang partinya sendiri. Bukan non Muslim tetapi orang Islam sendiri.  

Inilah sebenarnya peranan Pan. Kekuatan sendiri dan kemampuan tiada peringkat mana pun, yang penting menjadi alat dan perkakas untuk menghodoh dan memburukkan gerakan Islam bernama PAS.

Biar orang benci PAS. Biar orang Islam lari dari PAS. Biar DAP yang meraih laba terbesar.

PAS sesungguhnya tidak pernah tergelincir dari landasan perjuangannya iaitu untuk menegak dan memartabatkan Islam. 

Yang tergelincir dan terjun keluar adalah Mat dan gerombolannya. Mereka cuba mengusai PAS atas bantuan DAP, tetapi mereka tewas dan akhirnya khianat dan tubuh parti lain denga mencuri sekali kerusi-kerusi PAS.

PAS tidak pernah culas membela rakyat melalui Islam. Yang culas dan khianat adalah Mat yang sanggup menggadai maruah menjadi tunggangan menyerang PAS demi menggemis tempat dan kedudukan.

PAS memusuhi siapa sahaja yang menyerang dan memusuhi Islam. DAP tidak senang dengan usaha PAS memartabat Islam lalu PAS memilih memusuhi DAP.

Pan adalah wadah yang mengumpul para pengkhianat PAS. Pan memilih bersekongkol dengan DAP yang memusuhi PAS. Lalu layak sangat Pan dikategori sebagai musuh PAS sebagaimana DAP.

PAS tidak pernah berkawan dan mengiktiraf Pan lalu tidak perlulah Mat menangguk di air keruh.

PAS mentadbir kerajaan Kelantan dengan agenda "Membangun Bersama Islam". Jika Pan bernafsu mahu menawan Kelantan maka jadilah Pan musuh utama PAS selain DAP dan lain-lain.

Awas Mat, tangan- tangan yang menaikkan kamu ini dululah nanti akan memastikan kamu kecundang dan.musnah. -Roslan SMS

© all rights reserved
made with by templateszoo