NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO Dan NGI Semakin Berpengaruh Mencorakkan Trend Pengundi Islam


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkeyakinan pengaruh badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh individu (NGIs) semakin penting dalam mencorakkan trend pengundian pengundi Islam dan Melayu dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Dengan pengertian lain, corak pengundian pengundi Islam dan Melayu boleh ditentukan oleh NGO atau NGI sebagaimana yang berlaku kepada kaum lain di Malaysia dalam PRU-PRU sebelum ini.

Pada pemerhatian PPP, pembongkaran isu terbaru berkaitan Gerakan Evanglical Kristian yang bersifat ekstrim dan melampau, menunjukkan pengaruh NGI semakin signifikan. Isu ini yang dibongkarkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), telah mendapat perhatian pengundi-pengundi Muslim dan Melayu, sekaligus membentuk kesedaran dan mencorakkan trend pengundian selepas ini.

Situasi ini hampir sama dengan apa yang berlaku di Indonesia apabila seorang tokoh agama, Habib Riziq, mengetuai penentangan terhadap Ahok yang akhirnya menyebabkan Ahok kalah dalam pilihanraya memilih Gabenor Jakarta. Pembongkaran Gerakan Evangelical Kristian ini oleh Dr Kamarul Zaman berupaya membentuk fenomena yang sama terutama penolakan terhadap parti yang bersekongkol dengan Evangelis.

Sebelum pembongkaran isu ini, NGO-NGO Islam telah membentuk satu gelombang besar-besaran untuk menyokong usaha mendaulat dan memperkasakan perundangan Syariah di negara ini. Himpunan RUU 355 yang diadakan di Padang Merbok sebelum ini menjadi mercu tanda penting, solidariti NGO-NGO Islam dan Melayu yang akhirnya berupaya untuk membentuk sikap politik dalam kalangan pengundi Islam dan Melayu.

Sekiranya fenomena ini berterusan, PPP yakin NGOs dan NGIs Islam dan Melayu boleh memainkan peranan seumpama HINDRAF, SUQIU dan yang seumpamanya, yang telah mencorakkan trend pengundian pengundi India dan Cina dalam PRU-PRU sebelum ini. Bagaimanapun keupayaan NGOs atau NGIs Islam dan Melayu berperanan bergantung kepada isu yang disuarakan serta konsistensi mereka mengatur gerakan.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP
19 Jun 2017
24 Ramadan 1438
© all rights reserved
made with by templateszoo