NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FGV: Nasib Isa Dan Zakaria Hari Ini


Selepas skandal FGV gagal disembunyikan lagi, Putrajaya akhirnya terpaksa bertindak. Media perdana melaporkan hari ini kedudukan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abd Samad dan  Presiden , Pegawai Ekseutif FGV, Datuk Zakaria Arshad akan ditentukan oleh Putrajaya.

Rabu lalu Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mengadakan perbincangan tertutup dengan Perdana Menteri tanpa menjelaskan hasil perjumpaan. Beberapa hari lalu Datuk Seri Najib memaklumkan akan membuat keputusan sebelum berakhir Ramadhan bagi menyelesaikan kemelut konglomerat perladangan negara.

Ledakan kali ini agak besar, warga Felda bangkit menyatakan kekesalan mereka terhadap apa yang terjadi terhadap Felda dan FGV di bawah Isa Samad. Beberapa Ngo Felda sendiri sudah berani melawan arus, SGK2F dan KAF dilihat agak lantang dan kehadapan sejak kebelakangan ini setelah menyedari skandal ini bakal merubah suasana terutama di kalangan warga Felda.

Kami pernah menyenaraikan 14 perkara besar kenapa Isa perlu meletak jawatan Pengerusi FGV selepas beliau dipecat dari Pengerusi Felda. (http://buletinonline.net/v7/index.php/mengapa-isa-samad-mesti-letak-jawatan/ ) tidak termasuk skandal PGBF RM 1.1 bilion sehingga hari ini Kerajaan dan Felda serta Isa masih cuba menyebunyikan skandal perumahan anak generasi Felda.

Banyak lagi yang belum terdedah, bertahun kami sedaya upaya menyakinkan warga Felda dengan kemukakan isu serta hujah, namum mereka sukar mempercayainya sebelum ini. Istilah ' Tak kan Felda nak tipu kita, tak Najib nak tipu kita, tak kan umno nak tipu kita' sudah lumrah dan sangat popular di kalangan peneroka Felda yang menjadi penyokong kuat umno walaupun sudah terbukti sebelum ini Isa mengondolkan Felda.

Hari ini, skandal ini akan dirungkai sebahagian babaknya. Hasil dari pengamatan dan perbincangan dengan banyak pihak, bekas kakitangan Felda, Ngo Felda dan tokoh politik, saya menjangkakan Perdana Menteri akan mengambil jalan akan MENYINGKIR ISA DAN ZAKARIA  sebagai jalan meredakan skandal ini sementara waktu.

Waktu terdekat ini Perdana Menteri perlu terus memastikan agar undi Felda tidak terarah kepada prostes besar-besaran kerana bibik-bibik ke arah ini sudah gagal dibendung lagi. Inilah kaedah popular waktu ini. Walaupun Najib bermatian mempertahankan Isa sebelum ini. Mereka berdua saya sifatkan sebagai 'Team Berantai' jatuh aku, jatuhlah kamu. 

Warga Felda perlu sedar senario politik terkini dan langkah-langkah Perdana Menteri sebelum ini tidak boleh dipadamkan dengan hanya bertindak ke atas Isa setelah kehancuran Felda gagal di sembunyikan sejak beliau sendiri memilih Isa untuk mengondolkan khazanah warga Felda yabg bernilai berbilion-bilion ringgit.

Maka saya merumuskan Skandal ini sebagai ' Skandal Najib, Isa Felda'. Jalan cerita tidak kesudahkan dengan andaikata hari ini Najib menyingkirkan Isa sementara waktu. Warga Felda nanti sudah tentu berpuas hati dan lega kerana Perdana Menteri sudah mengambil tindakan terhadap Isa. Mereka sudah tentu dapat melupakan apa yang sudah Isa jahanamkan Felda selama 6 tahun menjadi Pengerusi Felda.

Sudah tentu kata-kata ' Yang jahatnya Isa Samad, bukan Umno, bukan Najib' akan popular di kalangan warga Felda. Penyenaraian FGV adalah satu kunci untuk mereka meleburkan berbilion ringgit aset Felda yang dibina oleh bapanya sendiri Tun Abdul Razak sejak 1956.

NARAZA MUDA
Aktivis Membela Peneroka Felda ( AMPF)
Pengerusi GENERASI Terengganu.
19hb Jun 2017 
Putrajaya.
© all rights reserved
made with by templateszoo