NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: Beri Tumpuan Kepada Pertanian Organik Untuk Elak Penggantungan Kepada Syarikat Multinasional

Negara-negara maju sedang beralih kepada pertanian organik. Kos merawat kesan racun dan baja kimia adalah lebih tinggi dari kos pertanian organik yang didakwa tinggi. Racun baja kimia sedang dilambak di negara-negara membangun dan dunia ketiga. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri digesa agar menyediakan lebih banyak insentif untuk mereka yang berminat menceburi di dalam pertanian organik. Kos pelaksanaan akan dapat dikurangkan sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan dengan mengalakkan pertanian cara tersebut. -  Hj Mohd Sanusi Mohd Nor , Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS)

KUALA LUMPUR, 27 JUN- Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pertanian organik bagi mengelakkan penggantungan kepada syarikat-syarikat multinasional.

Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS), Hj Mohd Sanusi Mohd Nor berkata pertanian organik akan membebaskan petani dari keperluan untuk racun dan baja kimia yang dikawal bekalan dan harganya oleh syarikat-syarikat multinasional.

Selain dari itu ia juga dapat mengeluarkan hasil-hasil yang bebas dari unsur-unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.

Buat masa ini keluasan tanah di Malaysia yang diusahakan untuk pertanian organik berbanding keseluruhan gunatanah pertanian adalah rendah.

Peratusannya adalah 0.01% berbanding dengan Filipina (0.68%), Vietnam (0.35%), Thailand (0.16%) dan Indonesia (0.16%).

Negara-negara Eropah seperti Switzerland (19.4%), Sweden (16.4%) dan Itali (10.8%) merekodkan peratusan yang lebih tinggi.

Nilai pasaran produk organik dunia semakin meningkat dari 20 billion USD dalam tahun 2002 kepada 43 billion USD dalam tahun 2015.

Kata Sanusi lagi, negara-negara maju sedang beralih kepada pertanian organik. Kos merawat kesan racun dan baja kimia adalah lebih tinggi dari kos pertanian organik yang didakwa tinggi. Racun baja kimia sedang dilambak di negara-negara membangun dan dunia ketiga. 

Sehubungan itu, Sanusi turut menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri agar menyediakan lebih banyak insentif untuk mereka yang berminat menceburi di dalam pertanian organik. Kos pelaksanaan akan dapat dikurangkan sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan dengan mengalakkan pertanian cara tersebut.

Rakyat juga perlu beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat dan memakan produk-produk organik adalah salah satu darinya. (1Media.my)
© all rights reserved
made with by templateszoo