NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

8 Kesilapan Kerap Di Hari Raya


1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. Larangan ini disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.


2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Inti larangan ini ada disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian semerbak dengan sangat kuat (sepatutnya cukup hanya sekadar tidak berbau busuk sahaja) dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.

5) Adab di Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga DUDUK di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin). Larangan ini berdasarkan kefahaman dari Hadis Nabawi.

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating lelaki perempuan, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

8) Mata Lelaki : Tidak menjaga pandangan mata sama ada terhadap wanita yang yang sedang bergaya dan menayangkan aurat mereka. Atau juga sewaktu berada di dalam rumah sudara mara, iaitu mengintai ke dalam bilik dan sebagainya.

Sebenarnya kesilapan-kesilapan ini turut berlaku secara kerap di bukan musim perayaan, tetapi sengaja di highlight akibat raya aidil fitri sepatutnya menjadikan kita extra sensitif dengan ruang dan peluang dosa, hasil tarbiah Ramadaniah.

# DrZaharuddinAbdRahman

© all rights reserved
made with by templateszoo