Oleh: Dr Radzi Jidin, Hobart [Dari FB Page Bicara Malaysia]
1. Media Prima Berhad, yang memiliki TV3, TV9, TV7, Harian Metro, Berita Harian dan lain-lain, baru sahaja membeli Rev Asia Holdings Sdn Bhd.
2. Menurut laporan The Star, aset-aset digital yang dimiliki oleh Rev Asia antaranya ialah portal OHBULAN!, SAYS, Viral Cham, Rojaklah, JUICE, 8Share, MyResipi, KongsiResipi dan SirapLimau.
3. Penganalisa yang ditemuramah oleh The Malay Mail berkata data yang diperolehi dari "digital footprint" (atau jejak digital) laman-laman tersebut boleh digunakan oleh Barisan Nasional untuk memahami sikap pengundi-pengundi muda (rujuk pautan di bahagian komen).
4. "Big data" yang diperolehi akan membantu mereka menganalisa corak sikap pengundi-pengundi berdasarkan data yang dikutip dari 10.4 juta pelawat sebulan ke laman-laman tersebut.
5. Di zaman "big data" ini, jejak-jejak digital yang ditinggalkan di laman maya cukup bernilai untuk mereka yang memilikinya.
6. Kepada pengundi-pengundi muda, "digital-footprint" yang anda tinggalkan akan membantu BN dalam menghadapi PRU14.
No comments
Post a Comment