Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak @GENG USTAZ amat kesal dengan Akhbar harian The Star yang telah menyiarkan gambar umat Islam yang sedang menunaikan solat berjamaah dikaitkan dengan berita keganasan yang sedang bergolak di Filipina serta IS pada edisi 27 Mei 2017 lepas.
Gambar yang disiarkan berupa umat Islam sedang menunaikan solat dikaitkan dengan berita keganasan samada sengaja mahupun tidak disengajakan adalah berupa satu penghinaan dan perbuatan yang menyinggung hati umat Islam. Apalagi jikalau berniatkan jahat untuk membawa persepsi negatif dan buruk terhadap Islam dan umatnya yang hidup di Malaysia dengan harmoni serta aman damai ini.
Apakah Akhbar The Star tidak pernah mengambil pengajaran dan iktibar beberapa tindakan sebelum ini oleh beberapa pihak yang cuba menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sengaja membangkitkan fitnah dalam masyarakat menerusi akhbar?. Umat Islam di negara ini sudah muak dan amat tidak boleh menerima sikap dan perbuatan seperti ini seolah-olah Akhbar The Star tidak mengenal suasana keharmonian dan tatacara budaya hidup masyarakat dalam negara ini?.
Walaupun pihak akhbar The Star telah menyiarkan permohonan maaf, Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ tetap mengecam dengan sekeras-keras perbuatan penyiaran gambar sebegini dan menuntut pihak Akhbar The Star dan lain-lain media tidak mengulanginya pada masa hadapan.
Sejahtera Bersama Islam
Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ
28 Mei 2017.
Tindakan Anwar Ibrahim menghantar semula (retweet) beberapa kiriman X yang diwarnai bahasa kasar seperti mana lazimnya digunakan tentera sib...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.